Piala Malaysia tangguh, kerajaan harap peminat bersabar

Piala Malaysia tangguh, kerajaan harap peminat bersabar

Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.

PETALING JAYA: Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian, selepas kerajaan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berharap peminat bola sepak bersabar dengan penangguhan ini.

“Pertandingan bola sepak walaupun tiada penonton, mereka akan ada sentuhan daripada pemain. Itu lebih berbahaya kerana mereka berpeluh jadi bersentuhan itu dianggap lebih berbahaya,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail berkata pertandingan akan kembali seperti biasa meskipun tanpa penonton selepas rantaian wabak dapat diputuskan.

Perlawanan suku akhir bagi Piala Malaysia sepatutnya berlangsung pada minggu ini membuka tirai Jumaat lalu.

Pasukan yang layak ke pusingan seterusnya ialah Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, UiTM, Johor Darul Takzim (JDT), dan Terengganu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.