
Dalam pembentangan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat petang tadi, BPR menyediakan bantuan tunai antara RM500 hingga RM1,800 bagi isi rumah mengikut pendapatan dan bilangan anak.
“Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion, berbanding dengan 4.3 juta penerima dan peruntukan 5 bilion ringgit sebelum ini bawah BSH,” katanya.
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan seorang anak akan menerima RM1,200; atau RM1,800 jika 2 anak atau lebih.
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan seorang anak akan menerima RM800; atau RM1,200 jika 2 anak atau lebih.
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 dan seorang anak akan menerima RM500; atau RM750 jika 2 anak atau lebih.
Individu bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM350.
“Had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun,” katanya.