
Dalam kenyataan kepada FMT, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu wanita lebih dikenali sebagai Mary itu, memperoleh lesen penjaja dan lokasi sesuai untuk sebuah gerai.
Edmund mengunjungi Mary, 45, di kediamannya di Flat Sri Lempah, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur hari ini selepas FMT menyiarkan kegigihannya menyara keluarga dengan menjual nasi lemak.
“Kes Mary juga dirujuk kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail untuk bantuan selanjutnya,” katanya.
Mary, yang sebelum ini bekerja sebagai tukang cuci hilang pekerjaan pada Mac lalu akibat pandemik Covid-19. Sejak itu, dia menjual nasi lemak dan bihun dengan troli di sekitar Taman Desa dari 6.30 pagi hingga 11 pagi.
Dia memperoleh pendapatan RM80 sehari hasil jualan itu dan pada tengah hari menjual buah potong di restoran berdekatan untuk pendapatan tambahan.
Suaminya meninggal dunia 6 tahun lalu akibat serangan jantung, sejak itu dia memikul tanggungjawab menjaga ibu dan 3 anaknya.
Wanita itu memberitahu FMT dia berharap memiliki gerai sendiri suatu hari nanti.