Polis siasat Lokman Adam kerana kenyataan jelik terhadap kepimpinan PM

Polis siasat Lokman Adam kerana kenyataan jelik terhadap kepimpinan PM

Tangkapan ke atas Lokman dibuat pada 1 Nov, jam 11 malam dan gajet dipercayai digunakan untuk memuat naik video tular turut dirampas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed berkata, antara lain siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
PETALING JAYA:
Polis hari ini berkata, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Lokman Adam disiasat kerana didakwa membuat kenyataan berunsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed berkata, tangkapan ke atas Lokman dibuat pada 1 Nov, jam 11 malam dan gajet yang dipercayai digunakan untuk memuat naik video tular turut dirampas.

“Permohonan reman ke atas suspek dibuat dan dibenarkan selama 1 hari. Siasatan lanjut masih diteruskan. Siasatan yang dijalankan adalah secara profesional dan adil tanpa menerima tekanan mana-mana pihak.

“Polis menggesa semua pihak memberi ruang untuk melengkapkan siasatan secara telus dan adil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Huzir, siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Beliau berkata, Lokman juga disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1995 kerana menggunakan perkataan yang kurang sopan.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.

Terdahulu, menerusi catatan di Facebook malam tadi Lokman merayu seorang peguam dihantar ke Bukit Aman berikutan penahanannya itu.

“Mohon hantar peguam ke JSJT Bukit Aman…Saya ditahan di bawah Seksyen 506,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.