PPBM Muar tuduh Puad ‘panjangkan cerita’ selepas titah Agong, akan lapor polis

PPBM Muar tuduh Puad ‘panjangkan cerita’ selepas titah Agong, akan lapor polis

Ketua PPBM Muar akan membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno itu petang ini.

PPBM Muar akan membuat laporan polis terhadap ahli MKT Umno, Puad Zarkashi, yang didakwa tidak patuh titah henti bermain politik.
PETALING JAYA:
PPBM Muar akan membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno, Puad Zarkashi, yang dituduh seolah-olah hendak “panjangkan lagi cerita” selepas Agong meminta ahli politik henti bermain politik.

Setiausaha Edzhar Jasmary berkata ketua bahagiannya akan membuat laporan polis terhadap ahli majlis tertinggi Umno itu petang ini, berhubung laporan memetik Puad sebagai menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Katanya, Puad didakwa tidak patuh pada titah Agong.

“Puad sebelum ini masih menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, walaupun selepas Agong bertitah supaya hentikan “politicking”. Selepas titah Agong itu, dia masih tidak berhenti, seolah-olah hendak panjangkan lagi cerita,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Puad dilaporkan menggesa Muhyiddin meletakkan jawatannnya susulan keputusan Agong menolak cadangan Putrajaya mengisytihar “darurat”.

Sebelum itu, Agong dalam titahnya menyatakan tidak ada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Agong juga meminta ahli politik henti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.