
Exco Agama Islam dan Penerangan Negeri Mohd Akmal Kamarudin dalam kenyataan berkata jumlah itu membabitkan 21 SAR dan 7 tadika Islam di beberapa daerah antaranya Kinta, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kerian serta Hulu Perak.
Beliau berkata antara SAR yang ditutup operasi pengajaran dan pembelajaran ialah di daerah Manjung iaitu Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Kampung Tersusun Batu 7, SRAR Ittifaqiah, SRAR Al-Khairiah, SRAR Al-Aliah dan SRAR Annasriah, semuanya di Lekir manakala di Seri Manjung pula membabitkan SAR Arshadiah dan SRAR Abadiah.
“Penutupan itu turut melibatkan SRAR di daerah Larut, Matang dan Selama iaitu Madrasah Al Khairiyyah Islamiah dan SRAR Darul Ehsan manakala di Kerian membabitkan SRAR Al-Ehya’ Addiniah, SRAR Al Hidayatul Islamiah, SRAR Nor Hidayah, SRAR Al-Irsyadiah dan SRAR Khairiah Islamiah, SRAR Fadilah Islamiah, SRAR Al-Tahzib, SRAR An Najihin, SRAR Al Hidayah dan SRAR Al Faizin,” katanya.
Di Kinta pula membabitkan SAR Al-Taufiqiah dan SRAR Ar-Raudhatul Ulum, masing-masing di Chemor.
Tadika Islam yang ditutup adalah TIP Al-Hidayah, Batu Kurau; TIP Al-Hashimiah, Taiping; TIP An Nasriah, Sitiawan; TIP Al-Amin , Pengkalan Hulu; TIP Al-Hidayah, Parit Buntar; TIP As-Syakirin, Parit Buntar dan TIP Nurul Wardah, Kuala Kurau.
Dalam pada itu, Akmal berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memperuntukkan RM2.2 juta kepada semua sekolah agama yang berdaftar untuk kos pembersihan dan infeksi serta peralatan kesihatan yang diperlukan menggunakan peruntukan yang diberikan mengikut keperluan sekolah.
“Setiap sekolah menerima RM2,500 bagi menjalankan pembersihan dan disinfeksi. Bagi sekolah yang ditutup, ada yang sudah selesai menjalankan aktiviti pembersihan dan ada juga yang masih dalam proses,” katanya.