Ku Li selesai menghadap Agong

Ku Li selesai menghadap Agong

Ia menyusul Anwar Ibrahim yang menghadap Agong pagi tadi.

Kenderaan yang dinaiki Tengku Razaleigh Hamzah meninggalkan Istana Negara pada 2.42 petang ini.
KUALA LUMPUR:
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meninggalkan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah petang ini.
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li meninggalkan istana pada 2.42 petang.

Dipercayai, ketika menghadap Sultan Abdullah, beliau dijangka sama ada menyuarakan sokongannya kepada Anwar Ibrahim atau menolak ketua pembangkang itu yang berhasrat menjadi perdana menteri baru.

Terdahulu, Anwar yang mendakwa mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru, menghadap Agong selama sejam pagi tadi.

Anwar dalam sidang media petang ini dilaporkan berkata, Sultan Abdullah akan menemui beberapa pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen membuktikan sokongan ahli Parlimen kepada Agong.

Presiden PKR itu berkata, beliau mendapat sokongan lebih 120 ahli Parlimen dan dokumen sahih yang diserahkannya kepada Agong hari ini terdiri daripada akuan bersumpah dan pengesahan ketua parti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.