
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat lagi kluster dikesan di Sabah, Selangor, Johor dan Putrajaya.
Katanya, di Kuala Lumpur kluster Baiduri dikesan di daerah Hulu Langat, Selangor dan Cheras yang mana kes indeks dikenal pasti positif saringan pra pembedahan pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Saringan kontak rapat mengesan 17 lagi kes positif. Sehingga 12 tengah hari tadi, sejumlah 39 individu disaring, yang mana 18 kes dikesan positif, 12 negatif dan 9 masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, 1 lagi kluster baharu di Kuala Lumpur adalah Bah Perdana melibatkan Cheras.
“Kes indeks kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 28 September dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti 8 lagi kes positif.
“Sehingga 12 tengah hari tadi sejumlah 22 individu disaring. Sembilan kes dikesan positif dan 13 individu masih menunggu keputusan,” katanya.
Sementara itu, di Sabah kluster Kolong dikesan di Keningau. Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
“Saringan kontak rapat mengenal pasti 7 lagi kes positif. Sehingga tengah hari tadi sejumlah 92 individu disaring, 8 kes dikesan positif, 81 individu negatif dan 3 masih menunggu keputusan,”katanya.
Katanya, di Selangor pula adalah kluster Bah Tropicana dikenal pasti di Petaling.
“Kes indeks kluster ini dikenal pasti positif hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengesan 13 kes positif.
“Sehingga hari ini sejumlah 147 individu disaring, 14 kes dikesan positif, 105 negatif dan 28 menunggu keputusan,” katanya.
Katanya, di Johor kluster Rinting dikesan melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan Johor Bahru.
“Kes indeks dikenal pasti positif hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktoberr dan dimasukkan ke Hospital Melaka.
“Saringan kontak rapat mengenal pasti 7 lagi kes positif. Sehingga hari ini sejumlah 162 individu disaring, 8 kes dikesan positif, 97 negatif dan 57 masih menunggu keputusan,” katanya.
Menurutnya, di Putrajaya pula kluster Bah Kasturi dikesan melibatkan beberapa daerah dan negeri iaitu Seremban, Cheras, Putrajaya, Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat.
“Kes indeks dikenal pasti positif hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 24 September dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Saringan kontak rapat mengesan 17 lagi kes positif.
“Sehingga tengah hari tadi sejumlah 305 individu disaring, yang mana 18 kes dikesan positif 277, individu negatif dan 10 masih menunggu keputusan,”katanya.