
Gaya hidup tidak sihat adalah salah satu penyebab diabetes. Satu kajian yang dilakukan mendapati diabetes jenis 2 banyak terjadi kepada mereka yang bekerja pada waktu malam.
Ini kerana, mereka yang bekerja pada waktu malam sukar untuk mengatur kadar gula dalam darahnya dibandingkan dengan mereka yang bekerja pada waktu siang.
Bekerja lewat malam juga dikatakan boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan termasuk indeks tubuh yang lebih tinggi, kurang waktu rehat dan pengambilan tambahan kalori.
Berikut adalah cara mengatur kadar gula dalam darah apabila bekerja hingga lewat malam.
1. Elak makan waktu malam
Ramai yang suka makan makanan berat apabila bekerja di waktu malam. Bagi mereka, apabila makan akan membuatkan mereka terjaga dan memberi tenaga untuk bekerja.
Tetapi sebenarnya, pola makanan yang tidak sihat ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan terutamanya diabetes.
Makan malam sebenarnya akan mengganggu dan menyukarkan tubuh untuk mengatur kadar gula dalam darah.
2. Jangan tinggalkan senaman
Walaupun terpaksa bekerja di waktu malam, pastikan anda melakukan rutin senaman yang teratur.
Mungkin bukan pada waktu pagi kerana anda perlukan rehat dan menggantikan tidur, cuba lakukan selepas bangun dari tidur.
Anda perlu sentiasa aktif bagi mengatur kadar gula di dalam darah.
3. Ambil vitamin yang cukup
Pastikan anda mengambil vitamin yang cukup untuk memberi lebih tenaga dan nutrisi kepada tubuh.
Tetapkan jadual dan makan tepat pada waktu agar dapat mengawal kadar gula.
4. Makanan sihat
Makan makanan sihat seperti buah-buahan dan sayuran sekiranya anda berasa lapar pada waktu malam. Elak makan kudapan atau makanan yang tidak sihat.
Pastikan juga anda tidak tidur terlalu lewat bagi mengelakkan sebarang masalah lain kepada kesihatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]