Aiskrim paracetamol kini hangat diperkatakan di Indonesia

Aiskrim paracetamol kini hangat diperkatakan di Indonesia

Kebiasaannya aiskrim yang dimakan mesti dalam perisa coklat, vanila atau strawbery yang mempunyai rasa manis tapi untuk makan aiskrim dalam perisa paracetamol pasti sesuatu yang berbeza.

Dengar sahaja perkataan aiskrim tidak kira kanak-kanak malah orang dewasa juga meminatinya.

Daripada semurah harga 50 sen sehingga lah mencecah puluhan ringgit, aiskrim tetap menjadi pilihan utama bagi mereka yang menggemarkan pencuci mulut.

Pelbagai perisa aiskrim yang dijual seperti coklat, vanila, strawbery, mocha, kopi, keladi, durian dan macam-macam lagi perisa yang tidak pernah terlintas di fikiran kita.

Bagaimanapun baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah kedai di Indonesia menjual aiskrim berperisa paracetamol.

Mesti ada yang terkejut mendengar tapi inilah hakikatnya. Kita hanya mengetahui paracetamol diambil ketika demam atau sakit kepala, tetapi kini paracetamol diperkenalkan dalam bentuk aiskrim.

Aiskrim perisa paracetamol ini ternyata mencetuskan satu fenomena baru di kalangan pengemar aiskrim manakan tidak mesti semua orang mempunyai keinginan untuk mengetahui bagaimana rasa aiskrim ini.

Adakah ia pahit sama seperti ubat atau telah dilakukan beberapa perubahan untuk mewujudkan rasa yang lebih enak.

Bagaimanapun rata-rata netizen berpendapat sudah pasti aiskrim paracetamol ini tidak sedap kerana semua mengetahui akan rasa sebenar ubat demam ini.

Persoalannya jika ia di jual di Malaysia adakah sesiapa yang berani untuk mencubanya?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.