Cara mudah rawat kuku rosak

Cara mudah rawat kuku rosak

Kuku rapuh, pecah dan rosak akan memburukkan penampilan anda apatah lagi apabila berhadapan dengan orang ramai.

Kuku yang rosak akan mengurangkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai.

Penjagaan kuku dengan bersih dan rapi sangat penting kerana kuku adalah perkara pertama yang akan diperhatikan pada penampilan anda. Tetapi terdapat keadaan yang membuatkan kuku tidak kelihatan baik seperti kering dan rapuh.

Bagaimana merawatnya?

1. Rendam kuku dalam minyak zaitun

Hasil rawatan rumah ini bukan hanya murah tetapi dapat membantu memperkuat kuku rosak.

Salah satu manfaat menggunakan minyak zaitun adalah ia membantu melegakan kekeringan dan keretakan kuku dan tidak seperti krim. Minyak melakukan kerja yang lebih baik iaitu menyerap ke dalam kuku dan melembapkan struktur kuku lebih lama daripada krim dan gel.

Jadi, rendam kuku rapuh dalam minyak zaitun kira-kira 10-15 minit sehari selama sebulan, kemudian dua kali seminggu.

2. Elakkan penanggal pewarna kuku

Hampir semua penanggal pewarna kuku mengandungi bahan kimia yang tinggi toksik. Apabila bahan kimia ini bersentuhan dengan kuku ia cenderung mengeringkannya.

Bahan kimia toksik yang merangkumi aseton, formaldehid, toluena dan phthalates tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan kuku anda secara negatif. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa penggunaannya boleh menyebabkan bahaya dan ketoksikan organ serta merengsa kulit, mata dan paru-paru.

3. Makan makanan kaya biotin

Cara lain untuk merawat kuku rapuh adalah dengan memastikan diet anda mengandungi makanan yang kaya biotin seperti hati, telur masak, bijirin penuh, avokado dan sebagainya.

Ini kerana selain bermanfaat untuk kesihatan biasa, biotin yang merupakan vitamin dari B kompleks membantu menguatkan dan menebalkan kuku. Tambahkan biotin jika perlu dalam makanan harian anda.

4. Pastikan kuku anda tidak terkena air

Untuk menjaga kuku, tidak mungkin dapat mengelakkan dari menggunakan air namun, anda boleh mengelakkan dengan mengurangkan kekerapan menggunakan air dalam pergerakan harian.

Dapatkan sepasang sarung tangan pelindung yang dapat membantu mencegah dan menyembuhkan kuku rapuh. Memakai sarung tangan ketika melakukan pekerjaan rumah dapat mencegah kuku daripada menjadi kering dan rapuh.

5. Minum banyak air

Minum air yang banyak sangat penting untuk kesihatan agar tubuh tidak terhidrat. Begitu juga dengan kuku. Anda juga boleh makan buah-buahan yang mengandungi air seperti tembikai dan timun.

Ini penting kerana kajian menunjukkan bahawa minum banyak air adalah salah satu cara terbaik untuk melembapkan kuku dan kulit anda dari dalam.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.