Penampilan Gigi Hadid selepas bergelar ibu

Penampilan Gigi Hadid selepas bergelar ibu

Gigi dilihat berjalan bersama bayinya yang dibawa di dalam kereta sorong ditemani adik perempuannya, Bella Hadid di New York, Amerika Syarikat.

Gigi sentiasa menjaga penampilannya walaupun setelah bergelar ibu. (Gambar Instagram)

Sejak melahirkan bayi perempuan pada September 2020, model Gigi Hadid jarang kelihatan di tempat awam.

Namun, pada Dis lalu, Gigi dilihat berjalan bersama bayinya yang dibawa di dalam kereta sorong ditemani adik perempuannya, Bella Hadid di New York, Amerika Syarikat.

Gigi dilihat memakai serba hitam, topi dan kaca mata hitam serta pelitup muka.

Walaupun dia kini sibuk dengan tugas sebagai seorang ibu, ternyata Gigi selalu menjaga penampilannya.

Malah, sewaktu berada di Manhattan, Gigi mengenakan jaket warna coklat panjang hingga ke paras lututnya. Jaket ini dikatakan dijual pada harga 150 dollar AS.

Gigi turut mengenakan aksesori mewah serta topi Louis Vuitton bernilai 1.110 dollar AS juga kasut but dari Dear Fances. Kaca mata hitam yang dipakai Gigi adalah dari DMY BY DMY.

Yang pasti, Gigi tetap menjaga penampilannya walau sudah menjadi ibu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.