
Rosemary adalah tanaman herbal yang sering digunakan dalam masakan. Daun dan minyak Rosemary digunakan dalam makanan dan minyaknya digunakan dalam minuman.
Ia juga popular sebagai minyak aromaterapi dan ubat. Minyak Rosemary digunakan dalam komponen wangian dalam sabun dan pewangi.
Walaupun tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Rosemary berfungsi namun, ia dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan, antaranya:
1. Melawan radikal bebas dan radang
Rosemary kaya dengan molekul anti-oksidan dan senyawa anti radang dan dapat melindungi tubuh dari penyakit. Ia juga berpotensi untuk meningkatkan peredaran darah.
2. Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
Menurut sebuah kajian dalam “Therapeutic Advances in Psychopharmacology”, aroma dari rosemary dapat meningkatkan konsentrasi seseorang. Ia juga membantu meningkatkan kecepatan, prestasi dan ketepatan seseorang dalam bekerja.
3. Melindungi sel-sel otak
Rosemary juga dikatakan dapat melindungi sel otak dan memiliki khasiat untuk mencegah penuaan otak secara signifikan yang telah dibuktikan oleh beberapa kajian. Namun begitu, ianya masih memerlukan kajian lebih lanjut. Ini juga bermakna, rosemary menjadi harapan baru untuk mencegah Alzheimer.
4. Melindungi kesihatan mata
Hasil dari kajian yang dibuat di “Sanford-Burnham Medical Research Institute” mendapati asam karnosik dalam rosemary memiliki potensi untuk melindungi kesihatan mata. Hasil penemuan ini turut menyebut manfaatnya untuk melindungi mata dari penyakit yang mempengaruhi bahagian retina seperti degenerasi makula akibat faktor usia.
5. Memperbaiki pencernaan
Di benua Eropah, rosemary telah digunakan untuk membantu mengubati gangguan pencernaan. Namun, belum ada kajian yang benar-benar mampu menyokong manfaat rosemary tersebut.
6. Memperbaiki masalah kesihatan lain
Rosemary turut digunakan dalam masalah gout, batuk, sakit kepala, tekanan darah tinggi, masalah ketidakhadaman termasuk pedih ulu hati, angin usus (flatulens), masalah hati dan pundi hempedu serta hilang selera makan.
7. Digunakan secara topikal (disapu pada kulit) untuk:
- Mencegah dan merawat botak.
- Merawat masalah peredaran darah, sakit gigi,
- Merawat keadaan kulit dipanggil ekzema
- Merawat sakit pada sendi atau otot.
- Menyembuhkan luka.
- Terapi mandian (balneoterapi).
- Sebagai penghalau serangga.
- Meningkatkan peredaran darah.
Apakah kesan sampingan ekstrak Rosemary?
Rosemary selamat diambil dalam kuantiti yang dianjurkan dalam makanan. Rosemary mungkin selamat bagi kebanyakan orang apabila menggunakan ia sebagai ubat dan diambil melalui mulut, disapu pada kulit, atau dihidu sebagai aromaterapi.
Walau bagaimana pun, minyak yang tidak dicairkan dilihat tidak selamat diambil melalui mulut.
Pengambilan Rosemary dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan muntah, pendarahan uterus, iritasi buah pinggang, sensitiviti terhadap matahari meningkat, kulit kemerahan, dan reaksi alahan.
Namun, tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]