Manfaat lengkuas kepada kesihatan

Manfaat lengkuas kepada kesihatan

Lengkuas telah digunakan dalam perubatan di India dan tradisional Tiongkok berabad-abad lamanya.

Lengkuas kaya dengan khasiat nutrien dan zat-zat penting.

Lengkuas selain digunakan dalam masakan, ia juga memiliki banyak manafaat yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi galangin, beta-sitosterol, quercetin, alpin dan flavonoid lainnya yang baik untuk tubuh. Selain itu, lengkuas juga mengandungi vitamin A, vitamin C, zat besi, serat makanan, dan karbohidrat yang baik.

Lengkuas juga telah digunakan dalam perubatan di India dan tradisional Tiongkok berabad-abad lamanya. Beberapa manfaat lengkuas bagi kesihatan antaranya:

1. Kaya anti oksidan

Lengkuas merupakan salah satu sumber anti oksidan yang dapat membantu melawan penyakit dan melindungi sel-sel tubuh dari rosak akibat radikal bebas. Kandungan vitamin C, alpin, dan galangin yang terdapat di dalam lengkuas juga dikatakan dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Selain itu, anti oksidan polifenol yang ada di dalamnya juga dianggap memiliki pengaruh positif terhadap peningkatan memori serta penurunan kadar gula dalam darah dan kolesterol jahat (LDL). Namun, masih diperlukan lebih banyak penelitian untuk membuktikan hal ini.

2. Mengurangi radang

Kandungan fitokimia (senyawa kimia alami dalam tanaman) yang terdapat di dalam lengkuas dipercayai dapat mengurangkan radang yang menyebabkan penyakit. Pada satu ujikaji yang dilakukan kepada haiwan menunjukkan bahawa persenyawaan tersebut memiliki khasiat anti radang yang kuat.

Selain itu, lengkuas juga dianggap dapat mengurangkan rasa sakit yang menjadi gejala umum radang. Dalam satu kajian yang dibuat selama 6 minggu melibatkan 261 orang yang menderita sakit lutut, 63 peratus daripada mereka yang menggunakan ekstrak lengkuas setiap hari mengatakan rasa sakit pada lutut berkurangan ketika berdiri.

3. Melindungi tubuh dari infeksi

Minyak esensial yang diekstrak dari lengkuas dapat melawan pelbagai mikro organisma. Menambahkan lengkuas segar ke dalam masakan juga mampu mengurangkan risiko infeksi. Selain itu, kajian menunjukkan bahwa lengkuas dapat membunuh bakteri berbahaya seperti E.coli, “Staphylococcus aureus” dan “Salmonella typhi”, namun begitu kesan antara kajian adalah pelbagai.

4. Meningkatkan kesuburan lelaki

Lengkuas dipercaya dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Dalam satu ujikaji kepada haiwan didapati jumlah dan pergerakan sperma tikus yang diberi ekstrak lengkuas meningkat.

Manakala dalam satu kajian selama 3 bulan yang melibatkan 66 orang lelaki dengan kualiti sperma yang rendah mendapati terdapat peningkatan pergerakan sperma sebanyak 62 peratus setelah diberi suplemen harian yang mengandung ekstrak lengkuas dan buah delima.

Akan tetapi, masih diperlukan lebih banyak penelitian kepada manusia untuk benar-benar membuktikan keberkesanan lengkuas pada kesuburan lelaki.

5. Meringankan sakit perut dan masalah pencernaan

Salah satu manfaat lengkuas sejak dahulu dipercayai dapat meringankan sakit perut dan masalah pencernaan. Dalam perubatan Ayuverdic dan budaya Asia lainnya, lengkuas digunakan untuk menenangkan perut sakit, mengatasi cirit birit, menghentikan muntah dan cegukan.

Kesan pengambilan lengkuas

Harus diingat bahawa mengambil lengkuas secara berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan yang tidak baik kepada tubuh. Oleh itu, anda dinasihatkan mengambil jumlah yang secukupnya dalam masakan atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.