‘Rumah’ yang jauh dari rumah: Villapadu tawar pengalaman inap desa terbaik di Terengganu

‘Rumah’ yang jauh dari rumah: Villapadu tawar pengalaman inap desa terbaik di Terengganu

Diasaskan oleh mogul pengiklanan Zulhisham Ayob, Villapadu menawarkan beberapa vila mewah di seluruh Kuala Terengganu untuk para tetamu menginap dan beristirehat.

Bilik tidur mewah ini adalah satu daripada empat yang terdapat di Villapadu Desa Kuala Terengganu. (Gambar Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)
KUALA TERENGGANU:
Kini dengan kebenaran untuk merentas negeri, ramai rakyat Malaysia berkemungkinan merancang percutian mereka dalam beberapa minggu akan datang.

Memandangkan orang ramai telah terperap di rumah mereka sejak sekian lama, ini adalah percutian yang wajar dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Jadi, ke mana anda merancang untuk pergi? Destinasi pelancongan popular semestinya akan dibanjiri pengunjung, apatah lagi jalan raya yang menuju ke sana.

Kalaulah ada tempat di mana anda boleh menikmati pantai yang indah, makanan yang enak dan barangan murah serta tidak dikerumuni ribuan pelancong lain.

Sebenarnya, ada! Apabila bercakap mengenai destinasi pelancongan, Terengganu sering terabai dan dianggap sebagai negeri yang membosankan dan tidak banyak yang dapat ditawarkan.

Hakikatnya, ada banyak yang dapat dilihat dan dilakukan di Kuala Terengganu malah kini, anda boleh berkunjung dan tinggal di bandar sambil dikelilingi oleh kemewahan dan keselesaan.

Villapadu Desa adalah salah satu dari empat vila homestay milik Zulhisham Ayob, termasuk sebuah rumah kampung yang telah dibaikpulih. (Gambar Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

Satu usaha yang cukup berani dari mogul pengiklanan Zulhisham Ayob, Villapadu mampu mengubah persepsi pengusaha inap desa tentang kelebihan potensinya kini.

Pada masa ini, inap desa dianggap sebagai alternatif yang murah berbanding hotel, lazimnya dengan perkhidmatan dan kemudahan yang jauh lebih rendah.

Tidak seperti Villapadu, sebaik saja bermalam di sini sisi pandang anda mengenai inap desa pasti akan terus berubah.

Bagi memenuhi impiannya untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai destinasi pelancongan, Zulhisham membaikpulih sebuah rumah kampung lama di Kampung Seberang Baroh menjadi sebuah vila.

Premis ini, yang dipanggil Villapadu Desa cukup mewah, menampilkan rumah kampung yang telah diubahsuai dengan dilengkapi keselesaan yang serba moden.

Lokasinya terletak di ceruk kampung, dan mungkin sukar untuk mempercayai bahawa sebuah inap desa yang dikatakan mewah tersembunyi di sini.

Vila ini dilengkapi dengan kolam renang besar yang cukup disukai tetamu untuk berenang ketika cuaca panas. (Gambar Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

Kebenaran kadang-kadang lebih aneh daripada fiksyen, dan sebaik sampai ke destinasi, anda mungkin memerlukan sedikit masa untuk mempercayainya.

Bukan saja seni reka rumah kampung Villapadu Desa itu sedia mengagumkan, kolam renang dan mural di dindingnya juga menambah lagi sisi mempesonakan lokasi ini.

Tetamu kemudiannya akan disambut mesra oleh tuan rumah iaitu keluarga Zulhisham, di mana dia sendiri berkemungkinan akan berada di sana secara peribadi, dengan ramah menyambut anda.

Sambutan di sini tidak kurang hebatnya, kerana para tamu dijamu dengan minuman yang menyegarkan dan makanan ringan tempatan yang enak seperti keropok lekor.

Sarapan juga akan disediakan untuk para tetamu, di mana tuan rumah cenderung menyajikan makanan tradisional seperti nasi dagang atau nasi kerabu.

Villapadu Desa menyambut tetamu dari semua peringkat usia, walaupun keluarga besar lebih cenderung menggunakan sepenuhnya kemudahan yang ada. (Gambar Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

Sebenarnya, makanan tidak akan menjadi masalah semasa menginap di Villapadu, kerana tuan rumah anda dengan senang hati akan mencadangkan beberapa restoran dan mereka akan keluar untuk membelikan makanan untuk anda jika ada permintaan.

Kumpulan besar tetamu sangat dialu-alukan untuk tinggal di sini, kerana Villapadu Desa dilengkapi dengan tiga bilik tidur, di mana salah satu daripadanya boleh diakses dengan kerusi roda.

Maksimum 10 tetamu boleh menginap di sini pada waktu tertentu, dengan harga RM2,500 semalam; tetamu dikehendaki menghabiskan sekurang-kurangnya tiga hari dua malam di sini.

Selain itu, para tetamu juga dialu-alukan untuk menggunakan dapur, yang dilengkapi dengan segala perkakasan yang diingini termasuk periuk, kuali dan peti sejuk.

Dan jika anda ingin berehat dan bersantai, Internet berkelajuan tinggi tersedia begitu juga Netflix; jadi, tontonlah rancangan terkini di televisyen berdefinisi tinggi Villapadu!

Sesuai untuk kumpulan yang lebih kecil yang mementingkan bajet, Villapadu Kota adalah rumah dua tingkat lot tepi yang dilengkapi dengan keselesaan moden. (Gambar Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

Bagaimanapun, tempat ini sangat sesuai untuk keluarga, di mana anak-anak semestinya akan menikmati kolam renang yang tersedia sementara orang dewasa memilih untuk berehat dan menenangkan fikiran sambil bersantai di waktu petang.

Sekiranya anda membawa rombongan yang lebih kecil, terdapat satu lagi premis Villapadu yang lebih sesuai dengan keperluan anda.

Villapadu Kota terletak sekitar 3km dari Muzium Negeri dan Masjid Kristal, lokasi paling strategik jika anda ingin berada dekat dengan semuanya.

Bukan itu saja, malah anda hanya tiga minit saja dari pasar basah dan restoran dan anda juga mempunyai lokasi yang strategik untuk bermalam.

Sebuah rumah dua tingkat lot tepi yang telah diubah suai, rumah percutian ini mungkin kelihatan seperti rumah biasa dari luar, namun apa yang pasti ia lebih dari itu.

Lengkap dengan penghawa dingin bagi menyejukkan diri dari bahang petang, Villapadu Kota menawarkan penginapan yang selesa kepada para tetamu dengan harga berpatutan.

Dengan televisyen berdefinisi tinggi dan Internet berkelajuan tinggi, keperluan tetamu di Villapadu Kota dipenuhi. (Gambar Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

Empat bilik tidur dengan dua katil menanti tetamu, begitu juga dapur yang serba lengkap, tak ubah seperti rakan sekampung, semua yang diperlukan seorang tukang masak telah tersedia.

Televisyen skrin rata tersedia untuk semua keperluan hiburan, begitu juga taman dan barbeku.

Dalam pada itu, dua lagi hartanah Villapadu dijangka akan siap dalam masa terdekat, dan ia juga nampaknya menjanjikan dan berkemungkinan akan menarik ramai tetamu dari jauh.

Villapadu Bayu adalah hartanah tepi laut yang terletak di pantai peribadi terkenal Batu Buruk, dengan pemandangan indah yang akan menjadi latar sempurna untuk majlis perkahwinan dan seumpamanya.

Harta Villapadu keempat adalah Villapadu Dusun, yang sesuai dengan namanya, terletak di dusun buah-buahan yang dimiliki Zulhisham.

Apa yang lebih menarik, ia terletak betul-betul bersebelahan Sungai Terengganu, dengan pemandangan yang pasti akan menarik peminat tegar fotografi.

Tetamu boleh dibawa keluar untuk menelusuri sungai, di mana mereka dapat menyaksikan sendiri matahari terbit pada waktu pagi. (Gambar Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)

Bercakap mengenai sungai, Villapadu memiliki dua kapal berkelajuan tinggi yang boleh disewa oleh para tetamu untuk ke pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Redang dan Pulau Kapas.

Pelayaran matahari terbit dan matahari terbenam juga tersedia, dan semestinya ia suatu pengalaman yang cukup berbaloi.

Terdapat beberapa lagi pemandangan yang lebih menakjubkan berbanding matahari yang perlahan-lahan terbit dari kaki langit, diapit tiang-tiang di Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang terkenal.

Bercakap kepada FMT, Zulhisham berkata dia berharap dapat mengubah persepsi umum mengenai inap desa melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Villapadu.

“Saya mahu lari dari stigma inap desa. Sebagai gantinya, saya mahu menjadi lebih mesra pelanggan dengan memberikan pengalaman lebih peribadi kepada para tetamu,” katanya.

“Saya berusaha untuk melayani pelanggan di luar jangkaan mereka dan menawarkan apa yang tidak dapat diberikan oleh orang lain, ‘rumah yang jauh dari rumah’.”

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar sewa dan lain-lain, hubungi Villapadu melalui WhatsApp 019-311 1333, menghantar e-mel ke [email protected] atau melayari laman Facebook mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.