
Terdapat banyak artikel yang ditulis mengenai bandar-bandar dengan seni jalanan terbaik di dunia, seperti New York, Melbourne dan Bristol. Namun masih banyak lagi kota seni yang layak disebutkan di sini.
Berikut antara senarai bandar seni jalanan alternatif yang sedang melakar nama untuk menjadi antara 10 yang Terbaik di dunia!
1. Rishikesh, India Utara
Terletak di kaki bukit Himalaya di utara India, Rishikesh terkenal sebagai ‘Ibu Kota Yoga Dunia’.
Mengambil semangat seni jalanan lebih jauh, Rishikesh Street Art tidak hanya terhad pada jalan-jalan tetapi bangunan, bumbung yang pecah, jambatan dan banyak lagi.
Karya-karya utama ini dalam diam telah mencetus satu gerakan seni di kota Rishikesh, dan membawa kepada lahirnya festival visual yang disebut Rishikesh Street Art Festival.
2. Toronto, Kanada
Toronto, Kanada dikenali sebagai bandar paling pelbagai budayanya di dunia, dan kepelbagaian ini dapat dilihat dengan jelas melalui seni jalanan di hampir setiap ceruk bandar itu.
Malah, terdapat lorong sepanjang hampir satu kilometer yang dikhaskan untuk seni ini, di barat Spadina Ave dan Queen Street West (juga dikenali sebagai Rush Lane atau Graffiti Alley).
3. Granada, Sepanyol
Koleksi seni jalanan terbesar di sini adalah di kawasan Realjo, dan oleh seniman yang popular dengan jolokan El Niño de las Pinturas, turut dikenali juga sebagai “Banksy of Spain”.
Kawasan ini adalah kawasan kejiranan Yahudi lama dan mempunyai dinding bercat putih tradisional dan jalan-jalan kecil, sesuai untuk mempamerkan seni.
4. Paris, Perancis
Di Paris wujud penekanan yang nyata terhadap sejarah seni jalanan dan menjejaki di mana dan mengapa genre itu beralih dari penandaan yang disebut grafiti kepada mural yang kini dianggap sebagai seni.
Mereka berusaha untuk tidak mengabaikan penandaan dengan anggapan bahawa setiap orang perlu bermula di suatu tempat (termasuk Banksy!).
5. Lisbon, Portugal
Di sini, lazimnya di waktu malam, anda akan dapat melihat artis sedang bekerja. Bandar ini telah menetapkan beberapa kawasan khusus untuk dijadikan kanvas bagi para seniman jalanan.
Warga Lisbon yang sangat kreatif ini, menggunakan setiap ruang yang ada di kawasan-kawasan tersebut, namun ini tidak pernah menghalang seniman liar lain dari berkarya di tempat-tempat yang tidak rasmi.
6. Bristol, UK
Sekiranya anda ingin mencari Street Art, Stokes Croft adalah tempat yang sesuai untuk dicari.
Walaupun anda mungkin menyangka seniman Banksy yang sudah lama bertapak akan menjadi antara penemuan hebat anda, artis jalanan hebat lain seperti Phlegm, juga sedang menanti kemunculan anda di sana.
7. St Petersburg, Florida AS
Siapa sangka, terdapat mural di setiap ceruk kawasan pusat bandar yang padat di sini.
Anda boleh singgah ke Galeri Seni Kraft Florida untuk mendapatkan peta dan melihat karya seniman tempatan. Kemudian, tuju ke jalan-jalan dan lorong-lorong untuk menyerap sinar matahari Florida dan seninya yang hebat.
8. George Town, Pulau Pinang
George Town, kota warisan dunia UNESCO di Malaysia menghimpun antara koleksi seni jalanan paling terkenal di Asia.
Jelajahi jalan-jalan ala kolonial di seluruh bandar ini dan anda akan melihat koleksi unik mural lukisan tangan dan kartun daripada besi tempa yang menggambarkan pelbagai ciri sejarah dan moden di bandar yang menarik ini.
Gandingan kisah lalu dan masa kini.
9. HONGDAE, Seoul
Hongdae, sebuah bandar universiti yang terkenal sebagai tumpuan pada waktu petang untuk menikmati makanan dan muzik live.
Tetapi sejak kebelakangan ini kawasan ini telah dikuasai pelajar seni kreatif yang menghiasi dinding di sekitar kawasan universiti.
Sebuah dinding simen turut dibina secara strategik malah seolah berevolusi kerana ruangnya yang sering dikitar semula.
10. Melaka, Malaysia
Air adalah elemen yang menjadi sebahagian besar daripada sejarah Melaka. Suatu ketika dulu ia adalah satu daripada pelabuhan perdagangan terpenting di dunia.
Jadi agak masuk akal apabila semuanya bermula dengan bangunan di tepi sungai. Mural yang dilukis di rumah-rumah lama yang ditinggalkan, adalah cerminannya sebagai pusat budaya Melaka.
Ia paling mudah dilihat dengan berjalan kaki di tepi sungai atau menelurusi sungai dengan bot. Malah sebahagian bangunan ini telah diubahsuai menjadi rumah tumpangan untuk ‘backpacker’.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]