‘Savor of Life’ sedia hantar makanan sihat ke pintu rumah anda

‘Savor of Life’ sedia hantar makanan sihat ke pintu rumah anda

Savor of Life menawarkan makanan sihat kepada rakyat Malaysia dengan harga berpatutan

Savor of Life adalah perniagaan baru yang menyediakan hidangan sihat menerusi khidmat penghantaran. (Gambar Ahmad Sadiq)

Kuala Lumpur: Tidak dinafikan lagi bahawa Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan sekali gus menarik pengaruh daripada pelbagai budaya lain.

Bagaimanapun, umum juga mengetahui kebanyakan rakyat Malaysia kurang mengamalkan gaya hidup sihat dan ia menyumbang kepada peningkatan kes obesiti di negara ini.

Mungkin ramai berpendapat, makan secara sihat adalah penyelesai utama tetapi bagi sesetengah orang ia bukan perkara mudah terutama sukar diperolehi selain harganya yang mahal.

Jika ingin mengubah diet dan cara pemakanan mereka, sesuatu harus dilakukan supaya ia lebih mudah dibeli dengan harga berpatutan.

Bolognese kacang dal kaya dengan vitamin B12. (Gambar Ahmad Sadiq)

Itu yang cuba dilakukan oleh Savor of Life apabila menyediakan hidangan sihat dihantar ke pintu rumah rakyat Malaysia tanpa perlu mengeluarkan belanja terlalu mahal.

Sebagai sebuah perniagaan baharu, ia menyediakan pelbagai pilihan makanan sihat kepada pelanggan di Lembah Klang.

Bila bercakap mengenai makanan sihat, mesti terlintas di fikiran bahawa ia terdiri daripada sayur-sayuran dan salad.

Sebenarnya tidak, kerana makanan yang disediakan oleh Savor of Life lebih pelbagai, enak serta menyihatkan.

Menggunakan Lion’s Mane Mushroom, Mush-Mush Rendang mempunyai rasa yang enak. (Ahmad Sadiq)

Menunya bukan saja halal tetapi terdapat juga hidangan berasaskan sayur-sayuran menggunakan bahan yang tidak diubahsuai secara genetik (GMO) serta bebas gluten.

Antara hidangan paling popular di sini ialah spaghetti kacang dal yang rasanya sama enak dengan Bolognese biasa.

Anda mungkin akan melihat bahan seperti serbuk berwarna kuning yang ditaburkan pada pasta dan ia adalah yis bernutrisi yang kaya dengan vitamin B12 serta mempunyai rasa hampir sama dengan keju.

Bagi mereka yang baru pertama kali merasainya pasti tidak mahu lagi mencuba spaghetti Bolognese biasa kerana rasanya juga sukar untuk dibezakan.

Tauhu Masak Tiga Rasa adalah hidangan klasik Melayu yang mempunyai rasa manis, masam dan pedas. (Gambar Ahmad Sadiq)

Cendawan adalah bahan yang serba boleh dan menjadi sumber keenakan pada setiap makanan termasuk Mush-Mush Rendang yang harus dicuba.

Sekali pandang ia nampak seperti rendang ayam tetapi sebenarnya masakan ini menggunakan sejenis cendawan dikenali sebagai ‘Lion’s Mane Mushroom’ yang dimasak dalam rendang dan memberikan tekstur kenyal serta lembut.

Hidangan Tauhu Masak Tiga Rasa juga harus dicuba iaitu menu terbaharu menjelang Hari Raya tidak lama lagi.

Dengan gabungan rasa manis, masam dan pedas, hidangan ini wajib menjadi menu pilihan setiap pelanggan.

Jangan tertipu, ia sebenarnya seketul tauhu. (Gambar Ahmad Sadiq)

Sesuai dengan nama menu ‘Not Your Ordinary Chicken Rice’, hidangan ini menyediakan pengalaman berbeza kepada pelanggan apabila sumber proteinnya diubah kepada pilihan lebih sesuai.

Jika diamati, anda pasti tidak sedar dan hanya melihatnya sebagai nasi ayam tetapi sumber protein itu sebenarnya digantikan kepada tauhu.

Jangan lupa pula menikmatinya bersama sos cili yang dibuat sendiri oleh mereka untuk menambah selera anda.

Bagi penggemar makanan berempah pula, Thai Panang Curry wajib dicuba yang terdiri daripada kuah kari pekat dan enak sesuai dinikmati bersama nasi panas.

Thai Panang Curry mempunyai rasa lemak dan ditambah pula dengan terung dan cendawan. (Gambar Ahmad Sadiq)

Ia didatangkan dengan cendawan, terung dan bendi serta menjadi tambahan kepada hidangan berkenaan.

Paling akhir sekali ialah Vege Moussaka iaitu satu hidangan popular di Balkan dan Asia Barat yang menyerupai lasagne di Itali.

Berbanding lasagne biasa, kepelbagaian sayur-sayuran dalam hidangan ini menjadikannya sebagai menu rendah kalori dan sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

Walau rendah kalori, hidangan ini tetap meriah dengan rasa yang enak serta mengenyangkan.

Vege Moussaka boleh dibandingkan seperti lasagne. (Gambar Ahmad Sadiq)

Memberitahu FMT, Ketua Pegawai Hasil Savor of Life, Peter Lee berkata, mereka berhasrat menyediakan hidangan lebih sihat dengan harga berpatutan kepada rakyat Malaysia.

Dengan pilihan menu berharga serendah RM8, pelanggan yang tinggal di Lembah Klang boleh mendapatkan makanan sihat tanpa perlu keluar rumah menerusi khidmat penghantaran.

Menurut Lee, semua hidangan ditawarkan oleh mereka adalah dipilih sendiri oleh pakar pemakanan bagi memastikan ia penuh nutrisi lengkap dalam setiap hidangan.

Rancangan untuk memperluaskan perniagaan pada masa hadapan juga akan memastikan semua pelanggan mendapatkan makanan daripada Savor of Life dengan lebih mudah selepas ini.

Mula ubah cara pemakanan ke arah lebih sihat di mana-mana saja dengan memesan hidangan daripada Savor of Life. Layari https://meals.savoroflife.com/meals/foods.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.