Bagai berada di Jepun

Bagai berada di Jepun

Taman seluas 242.7 meter persegi ini terletak di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14 berdekatan dengan Dataran Merdeka dan Muzium Shah Alam.

Taman Persahabatan Selangor-Jepun di Shah Alam (Gambar Facebook Sitelink Landscape Architects)

Sedang negara dilanda fenomena musim bunga sakura atau nama saintifiknya Tabebuia Pentaphylla yang sangat popular di Jepun, apa kata hujung minggu ini kita ke Taman Persahabatan Selangor-Jepun di Shah Alam untuk merasai sendiri keindahan negara matahari terbit ini.

Taman seluas 242.7 meter persegi ini terletak di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14 berdekatan dengan Dataran Merdeka dan Muzium Shah Alam.

Rimbunan buluh menghiasi jalan. (Gambar Facebook)

Taman yang baharu dibuka pada 12 Mac ini dibina dengan kos RM3.8juta siap sepenuhnya tahun lalu sejak dimajukan pada 2018. Namun, ia dibuka agak lewat berikutan dengan pandemik.

Ianya dibuka sebagai simbolik keakraban dengan Jepun yang telah kekal lama di negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.

Menikmati keindahan tasik di sini seolah berada di Jepun. (Gambar Facebook Sitelink Landscape Architects)

Antara tarikan taman ini adalah seni binanya yang melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii, Tsukubai (gerbang batu), laman refleksologi dan laman teres juga, terdapat sebuah tasik.

Selain itu, setiap hujung minggu, pengunjung akan dihiburkan dengan program kebudayaan Jepun dan Selangor.

Bunga sakura, yang ikonik ini turut kelihatan di sini. (Gambar Facebook)

Taman ini dibuka kepada orang ramai dari jam 7 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.