
Tetapi, di sebalik kemeriahan cahaya, di awal tahun 1900-an, kuil itu pernah dikotori dengan khabar angin yang mengatakan terdapat terowong bawah tanah, tempat perjumpaan aktiviti seks diadakan.
Sehingga terjadinya pertumpahan darah dan pengorbanan pengasas yang juga ketua kuil, Abbot Beow Lean.
Tetapi, apa yang lebih menarik lagi ialah sejarah tersebut turut membabitkan pencipta pelitup muka N95 Dr Wu Lien Teh.

Kisahnya bermula pada tahun 1885, Abbot Beow Lean, seorang sami yang baru tiba di Pulau Pinang. Dia berasal dari Foochow, China tetapi tidak mempunyai rancangan untuk menjadi pemastautin tetap di pulau itu.
Namun, setelah dilantik sebagai sami untuk sebuah kuil tempatan, Beow Lean dengan rendah diri menerima dan terus tinggal di sana. Tawaran tersebut diterima kerana dia melihat betapa berbaktinya orang China Pulau Pinang terhadap agama Buddha.

Dalam waktu beredar, Beow Lean melihat pulau tersebut memiliki populasi wanita warga emas kaya begitu tertarik dengan agama.
Beow Lean kemudian menemui sebuah bukit di Air Itam, menurutnya mempunyai Feng Shui yang baik dan terus mengemukakan idea untuk membina sebuah kuil di atas bukit tersebut. Perbelanjaan pembinaan kuil datangnya dari sumbangan dan derma dari masyarakat Buddha ketika itu.
Crane Hill adalah nama bukit yang akan menjadi tapak pembinaan kuil tersebut. Dalam bahasa Hokkien, ia disebut “Huock-san” yang diberi nama oleh Beow Lean kerana bentuknya menyerupai kren mewah melebarkan sayapnya.
Setelah sumbangan mencapai separuh dari jumlah yang disasarkan iaitu 500,000 Straits dollars, pembinaan kuil Kek Lok Si segera dimulakan.

Perlahan-lahan struktur kuil mula terbentuk sehingga tempoh pembinaan lima tahun, kehebatan kuil Kek Lok Si semakin hari tampak megah dan mengagumkan masyarakat Buddha.
Malangnya, kemegahan kuil itu turut menarik perhatian para sami yang iri hati. Perasaan cemburu mula mengisi jiwa mereka atas kehebatan Beow Lean berupaya membina kuil yang tersergam indah itu.
Mereka mula menyebarkan tuduhan jahat tentang Beow Lean dan kuilnya untuk merosakkan reputasinya.
Mereka tidak hanya menuduh sami itu terlibat dalam kehidupan yang penuh seks tetapi juga mendakwa bahawa Beow Lean menjadi tuan rumah pesta seks di terowong rahsia di bawah tanah kuil suci Kek Lok Si.
Konspirasi dan khabar angin itu terus-terusan tersebar sehinggalah kuil tersebut siap dibina pada 1905.
Beow Lean kemudian bertekad untuk mengakhiri khabar angin yang kotor itu dengan tindakan dan bukan kata-kata. Beow Lean mengorbankan dirinya untuk mengembalikan martabat kuil dan membuktikan dia tidak bersalah.
Bagaimana dia melakukannya?
Beow Lean membeli sebilah pisau pemotong yang tajam, lalu memotong alat sulitnya dengan hanya satu hayunan.
Dia kemudian terbaring kesakitan dengan darah memenuhi tubuhnya.

Di waktu itu, Doktor Wu Lien Teh terjaga di tengah malam apabila pintu rumahnya diketuk. Sebaik dibuka, seorang sami muda yang ketakutan memohon kepada Wu Lien agar menyelamatkan nyawa tuannya dan menjelaskan bahawa Beow Lean terbaring dipenuhi darah di kuil Kek Lok Si.
Tanpa membuang masa, doktor itu mengikuti sami muda ke kuil.
Apa yang disaksikan oleh Wu Lien adalah satu pemandangan yang tidak dapat dilupakan, kerana bertahun-tahun kemudian, Wu menulis dan melukis gambaran yang jelas mengenai pemusnahan diri sami itu dalam otobiografinya.
Dalam bukunya, Wu menulis bagaimana dia mengubati luka Beow Lean dan membayangkan saat bagaimana sami itu cuba mengembalikan maruahnya dan kuil tersebut.
Dengan pengetahuan yang luas dan kepakarannya, Wu berjaya menghentikan pendarahan dan setelah selesai rawatan yang berakhir hingga awal pagi itu, Wu Lien tidak meminta bayaran walau satu sen pun.
Oleh itu, apabila anda berada di tangga batu Kek Lok Si sambil mengagumi cahaya neon yang menerangi sekitar kuil, ingatlah dua perkara.
Pertama, tindakan murni yang dilakukan oleh lagenda Dr Wu Lien Teh untuk menyelamatkan nyawa seorang lelaki tanpa meminta balasan.
Kedua, kisah seorang sami yang taat hingga mengorbankan separuh dari dirinya sendiri untuk membuktikan yang dia tidak bersalah sekaligus memastikan kuil Kek Lok Si terus berdiri megah hingga ke hari ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]