3 sebab ini jelaskan kenapa anda perlu bergomol dengan kucing

3 sebab ini jelaskan kenapa anda perlu bergomol dengan kucing

Si comel ini bukan sahaja boleh dijadikan bantal peluk untuk digomol, malah ia juga adalah pendamping yang bagus untuk kesihatan mental dan fizikal kita.

Haiwan comel ini sangat membantu dalam mengatasi kesedihan yang dialami akibat kehilangan sesuatu atau seseorang. (Gambar Rawpixel)

Kucing sememangnya menjadi haiwan kesayangan sesiapa sahaja. Sifat comel dan manjanya juga menjadikan kucing sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Ada pula kepercayaan tahyul yang mengatakan membela kucing hitam akan membawa nasib malang kepada pemilik. Tidak, sebenarnya kucing tidak sesekali membawa nasib malang sebaliknya haiwan comel ini akan memberi pelbagai manfaat kepada anda termasuk dari segi kesihatan.

Bukan sahaja si comel ini boleh dijadikan bantal peluk untuk digomol, malah ia juga adalah pendamping yang bagus untuk kesihatan mental dan fizikal kita.

Berikut merupakan manfaat bergomol dengan kucing:

1. Ia membantu anda melupakan kehilangan

Kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah sangat menyakitkan. Buat anda yang mengalaminya, boleh cuba terapi membela haiwan peliharaan seperti kucing.

Hakikatnya, haiwan comel ini sangat membantu anda dalam mengatasi kesedihan yang dialami akibat kehilangan sesuatu atau seseorang yang disayangi. Pendek kata, ia boleh dijadikan sebagai ‘teman pengganti’ anda.

2. Ia membantu anda tidur lebih lena

Menurut kajian yang dijalankan di United Kingdom, kebanyakan orang terutamanya wanita lebih gemar tidur dengan haiwan berbulu ini berbanding pasangan sendiri. Apakah sebabnya?

Mayo Clinic Center menegaskan bahawa 41% daripada jumlah individu tersebut mempercayai bahawa mereka akan tidur lebih lena bersama haiwan kesayangan mereka. Tidak salah jika anda cuba, bukan?

3. Ia membantu anda mencegah alahan

Jika anda sedang dalam penantian untuk kelahiran cahaya mata, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk membela kucing. Mengapa?

Menurut kajian National Institutes of Health pada 2002, bayi yang terdedah kepada haiwan berbulu ini lebih kurang risiko menghidapi alahan kelak.

Cuma pastikan kucing anda itu bersih sebelum bermain bersama si manja anda ya.

Kesimpulannya, membela haiwan berbulu ini memang mempunyai banyak manfaat kepada kita, lebih-lebih lagi kepada aspek kesihatan.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.