Syarikat AS sanggup bayar RM5,400 untuk tonton 13 filem seram

Syarikat AS sanggup bayar RM5,400 untuk tonton 13 filem seram

Penganalisis Degup Jantung Filem Seram ini perlu menonton filem tersebut sambil memakai Fitbit yang memantau degupan jantung mereka.

FinanceBuzz sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat mencari Penganalisis Degup Jantung Filem Seram dengan bayaran RM5,406 untuk menonton 13 filem genre seram.

Adakah lembaga ngeri, zombi, hantu dan rumah agam yang terbiar dan menyeramkan buat jantung anda berdegup laju.

Atau mungkin juga bunyi daun pintu dan kerlipan mentol lampu sudah cukup buat anda teruja untuk memeriksa kehadiran penampakan paranormal.

Jika jawapannya ya, ada kerjaya sesuai dengan bayaran lumayan ditawarkan sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), hanya untuk menonton filem seram.

FinanceBuzz yang berpangkalan di AS mengumumkan tawaran AS$1,300 (RM5,406) untuk memikul tanggungjawab sebagai Penganalisis Degup Jantung Filem Seram.

Kerjaya yang memerlukan seseorang itu menonton filem seram sambil memakai satu alat dipanggil Fitbit yang akan memantau degup jantungnya.

Calon yang layak juga diberikan kebebasan untuk mengkategorikan filem tersebut kata FinanceBuzz dalam satu temubual dalam talian.

Antara barisan filem yang tersenarai dalam ujian tahap seram ini termasuklah Amityville hingga kepada Annabelle dan Paranormal Activity. Pendek kata memang makanan peminat tegar filem genre seram.

Menurut penjelasan dalam siaran media tersebut, syarikat terbabit sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan pelik itu.

Ia bagi menjalankan kajian pasaran sama ada filem seram berbajet tinggi menyampaikan elemen seram lebih kuat berbanding bajet rendah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.