Filem seram wajib tonton keluaran tahun 2000 dan ke atas

Filem seram wajib tonton keluaran tahun 2000 dan ke atas

Filem seram ada nilai kepuasannya tersendiri.

Filem seram mempunyai penontonnya yang tersendiri, kecuali ia filem yang benar-benar ada nilai tarikan maka ia berjaya menarik penonton di luar lingkungannya sendiri.

FMT Ohsem memetik 6 filem seram dan menarik keluaran tahun 2000 dan ke atas untuk mencabar adrelin anda. Ada antara filem ini yang merupakan terbaik kerana mengetengah elemen tempatan atau menyelongkar kisah benar sebagai intipati utamanya.

Jangan lupa untuk berkongsi filem paling seram yang pernah anda tonton selain yang dibariskan di bawah ini.

Munafik dan Munafik 2

Antara filem yang menerima kutipan tertinggi antara filem yang tidak sepatutnya dilepaskan untuk tontonan genre seram. Kedua-dua filem ini keluaran 2016 dan 2018 membawa kisah seorang pendakwah bebas membantu golongan yang terkena gangguan sihir/jin di serata tempat. Antara filem seram yang membawa konsep dan pembawaan yang segar kepada audien Malaysia ini wajib ditonton.

Dukun

Membawa insiden yang menyelubungi seorang bomoh wanita yang terkenal di Malaysia pada awal tahun 1990an, Mona Fandey. Dukun ternyata menjadi filem ditunggu-tunggu selepas sekian lama di’kuburkan’. Walaupun pembikinan filem masih dilihat mempunyai kekurangan yang agak ketara, ia tetap menjadi antara filem yang wajib ditonton untuk genre seram.

Khurafat: Perjanjian Syaitan

Filem tahun 2011 ini ternyata menjadi antara filem seram pilihan walaupun konsepnya bukanlah sesuatu yang baharu. Kualiti persembahan cerita dan dan elemen seram yang benar-benar membawa penglibatan penonton. Filem sulung Syamsul Yusof ini ternyata beri kepuasan filem seram lebih-lebih lagi di penghujung filemnya di mana elemen klimaksnya yang di luar jangkaan penonton.

Jangan Pandang Belakang

Filem keluaran 2007 ini antara filem yang memberi kepuasan tontonan sewaktu sinema Malaysia dibanjiri filem seram yang kurang berkualiti. Antara filem seram pecah panggung ini mengekalkan elemen klassik Melayu dan hampir setiap adengan tanpa membelakangkan unsur komedi. Lakonan Ruminah Sidek harus dikredit.

Villa Nabila

Juga berdasarkan kisah daripada tragedi benar di sebuah villa di Johor Bahru. Kisah filem ini digarap sedemikian rupa supaya ia mengekalkan ciri asli berupa dokumentari dalam masa yang sama menyelitkan elemen cereka yang mengetengah pelbagai unsur mistik dan misteri.

Trauma

Sememangnya, filem lakonan Nasha Aziz yang boleh membuatkan anda trauma. Ini antara filem yang dilihat sangat menggerunkan apatah lagi membabitkan kisah yang penuh dengan drama. Walaupun ia bukan filem hantu tetapi elemen seramnya tetap wujud dalam filem genre psycho-thriller yang berkualiti dalam industri filem tempatan ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.