
Victoria dan David Beckham dilaporkan memasang sebuah mesin ais krim dari sebuah rangkaian makanan segera Amerika Syarikat (AS), Wendy’s berharga 7,000 pound (RM40,146) di kediaman mereka di Cotswold.
Menurut The Sun, pasangan itu menggunakan kenalan mereka bagi membolehkan mesin itu dipasang di kediaman, walaupun ia tidak dijual kepada orang awam.
Tidak dapat dipastikan sama ada pasangan itu membeli sendiri atau ia hadiah daripada bakal bapa mentua anak lelaki mereka Brooklyn, Nelson Peltz, antara ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Menurut sumber Posh sendiri tidak makan ais krim sejak lebih dua dekad kerana dia sangat menjaga kesihatan.
Namun, dia sanggup membeli mesin ais krim Wendy’s dari AS kerana anak perempuannya Harper sangat menggemarinya.
Malah kakitangan Posh dan David turut dihantar untuk berbincang dengan rangkaian makanan segera tersebut bagi mendapatkan mesin tersebut khusus untuk membawa sedikit budaya AS ke England.
“Ia kini siap dipasang di kediaman mereka dan dibuat khusus untuk pasangan itu,” lapor sumber tersebut.
Walaupun menelan kos ribuan ringgit, ia sangat berbaloi walau Victoria sendiri tidak pernah mendekatinya.”
Sementara itu, wakil David dan Victoria Beckham enggan mengulas lanjut ketika dihubungi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]