
Menurut rakan kartunisnya, Mazli Ibrahim atau Gayour, perkhabaran itu disampaikan oleh biras arwah, kartunis Manggis atau Rosli Ismail kepadanya kira-kira 4 pagi.
“Beliau memang mempunyai penyakit kencing manis dan buah pinggang serta menerima rawatan dialisis sejak lima tahun lepas.
“Kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada 2019. Sejak pandemik Covid-19 saya hanya bertanya khabar beliau melalui WhatsApp dan panggilan telefon sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Aie pernah berkarya dalam majalah Jenakarama sebelum bersama majalah terkenal Ujang sejak 1994 hingga awal 2000.
Dalam majalah Ujang, Aie terkenal dengan siri ‘Abe’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues.’
Beliau kemudian meneruskan projek kartun secara solo dan menghasilkan karya ‘Aku dan Sesuatu’ serta ‘Blues Untuk Aku’.
Anak kelahiran Johor itu meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Manggis, Banting hari ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]