
Melalui perkongsian di Instagram, Umie meluahkan rasa syukur apabila sumbangan tersebut berjalan lancar.
Umie bersama Yayasan tersebut telah memberi sumbangan keperluan asas berupa beras, tepung, minyak masak serta roti prata.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulillah, 300 pemandu teksi telah menerima sedikit bantuan keperluan asas.
“Pendapatan mereka sehari paling tinggi RM20. Mari orang Malaysia, sama-sama berganding bahu menghulurkan bantuan,” ujarnya.
Menerusi kapsyen perkongsian itu, dia turut berkongsi nombor akaun bank yayasan berkenaan untuk orang ramai bersama-sama mengambil inisiatif menderma melalui akaun tersebut.
Umie turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah sama-sama menderma untuk membantu golongan yang memerlukan.
“Akaun yayasan 21233000012249 (RHB Bank). Terima kasih kepada yang telah menderma. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya,” ujar Umie.
Terdahulu, Umie telah menghulurkan sumbangan peribadi bernilai RM50 kepada 200 individu yang terjejas akibat pandemik untuk membeli barangan keperluan asas.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]