Gaby dan Alex, bintang YouTube jutawan di Britain

Gaby dan Alex, bintang YouTube jutawan di Britain

Menerusi saluran Gaby dan Alex, mereka menjana pendapatan lebih 1.1 juta pound (RM6.32 juta).

Gaby dan Alex bersama ibu mereka, Sabine Vilumsone yang mengendalikan saluran di YouTube.

YouTube menjadi antara platform popular yang menjadi pilihan pencipta kandungan untuk menjana pendapatan lumayan.

Ia menjadi pendorong utama buat sesiapa saja untuk bergelar YouTuber hingga ramai yang melakukannya secara sepenuh masa.

Di Britain, dua beradik selebriti YouTube muda berusia enam dan tujuh tahun sudah pun bergelar jutawan apabila berjaya menjana pendapatan lebih 1.1 juta pound (RM6.32 juta).

Menerusi saluran di platform media sosial itu, Gaby dan Alex Vilumsone

menghiburkan penonton dengan aksi mereka mencuba alat permainan dan membuat penkek.

Biarpun kandungan video kelihatan ringkas, namun ia berjaya meraih perhatian pengguna media sosial dan ia mendapat hampir 7.9 bilion tontonan.

Berdasarkan akaun YouTube Toys and Little Gaby Ltd dikendalikan ibu mereka, kanak-kanak itu meraih pendapatan sekitar 1,529,658 pound (RM8,799,591) pada akhir April tahun lalu berbanding 352,842 (RM2,029,777) pada tahun sebelumnya.

Mereka adalah di antara generasi baru yang muncul sebagai bintang media sosial dan berjaya meraih pendapatan besar daripada syarikat gergasi itu.

Dua beradik itu menjana pendapatan dengan menerima hasil daripada iklan yang dipaparkan pada video popular mereka.

Saluran dikendalikan ibu mereka, Sabine Vilumsone, 30 itu kebanyakannya ditonton oleh kanak-kanak seusia yang gemar melihat video YouTuber mencuba permainan baru dan gelagat mereka menggunakan permainan itu.

Selain Gaby dan Alex, sebahagian daripada video popular yang mendapat tontonan ramai di YouTube terdiri daripada klip permainan video.

Salah seorang daripadanya yang berkongsi video seperti itu, Daniel Middleton, 29, dikatakan berjaya meraih pendapatan sekitar 25 juta pound (RM143 juta).

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.