Ellen DeGeneres jual rumah mewah berharga AS$ 47 juta

Ellen DeGeneres jual rumah mewah berharga AS$ 47 juta

Pengacara terkenal ini menjadikan bapanya sebagai inspirasi untuk terus melabur dalam bidang hartanah.

Pemandangan di kawasan belakang rumah mereka. (Gambar Berlyn Photography 2019)

Pengacara terkenal, Ellen DeGeneres dan pasangannya, Portia de Rossi memiliki banyak hartanah sejak memulakan hubungan mereka.

Pasangan itu mempunyai 20 rumah dan kira-kira sebulan lalu mereka menjual sebuah hartanah mewah di Beverly Hills.

Setakat hari ini, satu laporan mengatakan rumah terbabit berjaya dijual dengan harga AS$ 47 juta (RM194 juta).

Walaupun dijual pada harga lebih rendah berbanding AS$53.5 juta (RM220 juta) yang mereka tetapkan namun pasangan itu masih menjana keuntungan lumayan.

Mereka membeli hartanah itu pada Mei 2019 daripada penyanyi utama Maroon 5, Adam Levine pada harga AS$42 juta (RM173 juta).

Sesuai dengan harganya, rumah terbabit tidak mengecewakan pembelinya kerana ia begitu lengkap dan mewah.

Ia mempunyai lima bilik tidur, 12 bilik air, sebuah ruang tamu, perpustakaan dan bilik media.

Sebaik tetamu melangkah ke rumah itu, mereka boleh berjemur seketika di ruang patio selain beriadah di gelanggang tenis, kolam renang yang dilengkapi dengan spa.

Menerusi majalah Architectural Digest keluaran November 2011, DeGeneres berkata, bapanya menjadi inspirasi buatnya untuk membuat pelaburan dalam bidang hartanah.

“Kami tidak pernah memiliki rumah ketika membesar. Kami sentiasa hidup menyewa. Namun, ayah sentiasa mengimpikan rumah dan sentiasa melihatnya setiap masa,” katanya.

Menurutnya, rumah adalah aset pertama yang dibelinya sebaik dia mula meraih pendapatan sebagai selebriti.

“Perkara pertama yang saya lakukan sebaik menjaga pendapatan adalah dengan membeli sebuah rumah,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.