3 anak tempatan, orang belakang tabir filem animasi Raya and The Last Dragon

3 anak tempatan, orang belakang tabir filem animasi Raya and The Last Dragon

Rakyat Malaysia terbabit dalam pembikinan animasi berunsurkan budaya Asia Tenggara.

3 anak tempatan adalah antara orang kuat Raya and The Last Dragon.

Pasti ramai yang berasa teruja apabila pawagam sudah dibenarkan beroperasi semula sejak 5 Mac lalu.

Ini adalah masanya untuk anda keluar menonton pelbagai filem terbaru yang ditayangkan termasuk filem animasi Raya and The Last Dragon.

Istimewanya filem Walt Disney Animation Studios ini ialah ia adalah hasil karya membabitkan beberapa anak tempatan yang cuba mengetengahkan inspirasi budaya Asia Tenggara.

Bangga bukan? Anda pasti ingin tahu siapa anak tempatan yang terbabit dalam pembikinan animasi ini.

Adele Lim – Penulis

Mungkin ramai tidak sedar sebenarnya Adele sudah lama mencipta nama di Hollywood sebagai penulis.

Namun, kami dengan bangganya sekali lagi ingin memperkenalkan Adele yang bertanggung jawab menulis jalan cerita filem animasi ini.

Selain Raya and the Last Dragon, dia juga pernah mencipta nama sebagai penulis skip bagi filem Crazy Rich Asians D’Lun Wong – ‘crowd artist’

Pemilihannya sebagai salah satu orang penting di belakang tabir memang sesuai memandangkan filem ini berkisar mengenai kehidupan di Asia Tenggara.

Individu ini juga adalah seorang anak tempatan yang berasal dari Sungai Siput, Perak namun menetap di Amerika Syarikat.

D’Lun Wong yang berpengalaman luas dalam filem animasi, bertanggung jawab dalam membuat latar belakang filem ini termasuk menyelitkan beberapa lokasi atau unsur yang sinonim dengan Malaysia iaitu Pasar Malam.

Dia juga bukan nama asing di Hollywood kerana sebelum ini pernah terbabit dalam filem animasi Frozen 2.

D’Lun juga dikhabarkan terbabit dalam filem ‘Encanto’ yang bakal dilancarkan tahun ini dan sebuah lagi projek filem bagi Zootopia di Shanghai Disneyland.

Yonnyboii – Penyanyi

Sebagai artis muda, namanya dikatakan semakin meningkat naik dalam industri muzik tanah air.

Anda jangan terkejut bahawa Yonnyboii juga terbabit dalam filem animasi ini yang bergandingan bersama tiga lagi penyanyi dari Asia Tenggara iaitu Raisa (Indonesia), Matthaios (Filipina dan Sprite (Thailand), terpilih untuk menyanyikan runut bunyi bagi filem ini yang bertajuk Trust Again.

Pada masa sama, dia diberi peluang menyerlah bakatnya dengan menulis satu rangkap lirik lagu terbabit.

Video lirik lagu Trust Again dilancarkan pada 12 Mac lalu manakala video muzik pula akan dipertontonkan kepada orang ramai akhir bulan ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.