
Penyanyi, Jennifer Lopez dan tunangnya, Alex Rodriguez sudah berpisah selepas menghadapi beberapa masalah dalam hubungan mereka, lapor E News.
Berita itu mengejutkan peminatnya terutama apabila selepas pasangan itu memuat naik hantaran Hari Valentine di media sosial dan hadir ke acara Super Bowl bersama-sama di Miami, bulan lalu.
Malah, Alex mengatakan dia berharap dapat melangsungkan perkahwinan tahun ini selepas terpaksa menangguhkannya akibat pandemik Covid-19.
Jennifer sebelum ini memberitahu Elle, mereka tidak terburu-buru untuk berkahwin.
“Kami menangguhkan perkahwinan sebanyak dua kali. Kami mempunyai perancangan dan ingin melakukan.
“Saya tidak tahu sama ada kita boleh melakukannya semula. Kami membatalkannya dan sejak itu tidak pernah berbincang mengenainya.
Awal tahun ini, Alex dikaitkan dengan bintang program realiti, Southern Charm, Madison LeCroy.
Wanita itu bagaimanapun menegaskan Alex sekadar rakan dan mereka tidak pernah bertemu muka.
Sumber dekat Alex mengatakan, dia tidak kenal Madison dan tidak pernah bertemunya.
Pemain besbol terkenal itu melamar Jennifer ketika percutian romantik mereka di Baker’s Bay pada Mac 2019.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]