Rebel makin laku sejak berpisah dengan teman lelaki

Rebel makin laku sejak berpisah dengan teman lelaki

Rebel yang hilang 27 kilogram diajak keluar oleh peserta rancangan realiti.

Rebel berjaya menurunkan berat badan tahun lalu. (Gambar AP)

Sejak berjaya menurunkan berat badan lebih 27 kilogram (kg), pelakon Rebel Wilson semakin yakin dengan dirinya walaupun baru berpisah dengan teman lelaki, Jacob Busch baru-baru ini.

Bintang itu yang menjadi panel rancangan realiti ‘Pooch Perfect’ sempat berseloroh mengenai dirinya yang sering menayang badan tanpa rasa segan di akaun Instagram.

“Saya berasa lebih baik dan berjaya turunkan 27 kilogram tahun lalu,” katanya.

Merujuk kepada perpisahannya dengan Busch, katanya, dia gembira menjayakan rancangan realiti itu apabila didandan dengan dua gaya bagi setiap episod terutama menonjolkan imej terbaharu kerana dia masih bujang.

Ketika menjayakan rancangan realiti mengenai pendandan anjing itu, Wilson mengakui dia diajak keluar beberapa kali.

“Saya diajak keluar oleh dua peserta dalam rancangan itu. Dua peserta itu sebenarnya mempunyai hubungan keluarga iaitu ibu dan anak,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.