Zac Hanson timang cahaya mata kelima

Zac Hanson timang cahaya mata kelima

Anggota paling muda Hanson, Zac timang bayi lelaki diberi nama Quincy Joseph Thoreau Hanson.

Zac dan isteri, Kate menimang cahaya mata kelima. (Gambar Instagram)

Anggota paling muda kumpulan pop rock popular zaman 90-an, Hanson, menimang cahaya baru yang kelima bayi lelaki, beberapa hari lalu.

E News melaporkan, Zac Hanson, 35, dan isteri, Kate Hanson berkongsi berita gembira kelahiran bayi bernama Quincy Joseph Thoreau Hanson di akaun Instagram pada Selasa lalu.

“Saya agak terlewat, tetapi saya meraikan #internationalwomensday dengan cara yang terbaik.

“Mengagumi wanita hebat adalah sesuatu yang unik selain berasa risau kerana menyedari saya kini bertanggungjawab untuk membesarkan seorang lagi anak,” tulis Zac pada gambar yang dimuatnaik menunjukkan pasangan itu memangku bayi mereka.

Empat lagi anak kepada pasangan itu ialah Mary Lucille Diana, 4, George Abraham Walker, 7, Junia Rosa Ruth, 10, and John Ira Shepherd, 12.

Januari lalu, Zac dan Kate yang melangsungkan perkahwinan pada 2006, mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata baru.

Kumpulan Hanson yang turut dianggotai dua abangnya, Taylor dan Isaac, mempunyai seramai 15 anak di kalangan mereka.

Disember lalu, Taylor dan isteri, Natalie menimang cahaya mata ketujuh iaitu bayi perempuan diberi nama Maybellene Alma manakala Isaac mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama isteri, Nicole.

Selepas hampir tiga dekad selepas adik-beradik itu menubuhkan Hanson dan mencapai kejayaan sekelip mata menerusi lagu hits ‘MMMBop’, peminat setia mereka masih mengikuti perkembangan kumpulan berkenaan sehingga sekarang.

Salah satu faktor peminat terbabit masih kekal setia adalah kerana Hanson mempunyai kelab peminat secara online yang aktif.

“Anda membina hubungan dan pengalaman bersama. Laman web kami, Hanson.net dan komuniti ahli secara online sudah diwujudkan sejak lebih 20 tahun lalu,” kata Zac.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.