Alec Baldwin dan isteri sambut bayi keenam

Alec Baldwin dan isteri sambut bayi keenam

Pasangan yang baru saja menimang cahaya mata kelima itu, menyambut bayi keenam menerusi ibu tumpang.

Alec Baldwin dan Hilaria. (Gambar Instagram)

Pasangan Alec Baldwin dan Hilaria membuat kejutan kepada peminat mereka apabila menyambut bayi keenam secara ‘senyap-senyap’ selepas menimang cahaya mata baru beberapa bulan lalu.

Mereka yang berkahwin pada 2012 mengumumkan perkara itu di akaun Instagram kelmarin sambil mendedahkan nama bayi perempuan, Lucia.

Bagaimana pun, sehari kemudian sumber mengesahkan kepada E! News bahawa bayi terbabit dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Ketika itu, pelakon 30 Rock dan pengajar yoga terbabit tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai Lucia dan baru-baru ini dia mula membuka mulut mempertahankan isterinya selepas terbaca komen negatif di akaun Instagram.

“Siapa ibunya? Isteri anda tidak mengandung. Dia melahirkan bayi enam bulan lalu,” soal seorang netizen.

“Tutup mulut anda dan jangan jaga tepi kain orang,” balas Alec.

Ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan keturunan keluarga Hilaria manakala beberapa lagi menulis komen, “kalaulah saya tahu mengapa orang menjadi sebegitu kejam’.

Walaupun Hilaria berkongsi gambar anaknya di Instagram, namun dia terus menutup ruangan komen dan kembali ke platform media sosial selepas dituduh berpura-pura mengeluarkan bunyi pelat Sepanyol yang menjadi persoalan di Twitter pada Disember lalu.

“Saya menghabiskan masa mendengar dan cermin diri sendiri serta bertanyakan kepada diri bagaimana untuk belajar dan berkembang,” tulisnya dalam kapsyen pada 5 Februari lalu.

Lima lagi anak kepada pasangan itu ialah Carmen, 7, Rafael, 5, Leonardo, 4, Romeo, 2 dan Eduardo yang berusia enam bulan.

Pelakon The Beetlejuice itu juga mempunyai anak perempuan berusia 25 tahun, Ireland Baldwin bersama bekas isteri, Kim Basinger.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.