Lelaki OKU korban kelima banjir di Kelantan

Lelaki OKU korban kelima banjir di Kelantan

Mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu lalu sebelum mayatnya ditemukan tidak jauh dari lokasi terjatuh.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata kematian OKU itu menjadikan tiga mangsa lemas ketika banjir di daerah Pasir Mas dan kelima di Kelantan. (Gambar Bernama)
TUMPAT:
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 20 tahun yang dilapor hilang, Rabu lalu, ditemukan lemas berdekatan rumahnya di Kampung Tok Sangkut dekat Repek, Pasir Mas, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki itu yang mempunyai masalah pembelajaran dilapor hilang ketika bermain air di hadapan kedai milik keluarganya.

Mayat Muhamad Faizal Ab Rahman ditemukan pada pukul 10 pagi oleh pasukan penyelamat, tidak jauh dari kawasan dia dilapor terjatuh.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan penduduk kampung. Mayat dihantar ke Hospital Pasir Mas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Masjid Kampung Simpangan Hilir, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian terbaharu itu merupakan kes ketiga melibatkan kehilangan nyawa akibat bencana banjir di Pasir Mas dan yang kelima bagi negeri ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.