
Khabib Nurmagomedov, nama yang tidak asing lagi buat peminat seni bela diri campuran (MMA). Namanya memuncak apabila memenangi perlawanan dengan Conor McGregor pada 2018. Malah, rekod tanpa kalah, membuatkan ramai peminat MMA dan peninju lain kagum dengan kehebatan dan bakatnya.
Namun, peminat Khabib mungkin sudah tidak lagi berpeluang untuk menyaksikan perlawanan juara ini kerana beliau akan meninggalkan pentas tinju buat selama-lamanya.
Menurut laporan Russia Today, majikan Kejohanan Pertarungan Unggul (UFC), Dana White telah menawarkan Khabib untuk kembali kepada MMA namun, ditolak Khabib yang mengatakan beliau tekad untuk menghabiskan pelajaran ekonominya dan meneruskan perusahaan dalam bidang pertanian.
Ia bercanggah dengan laporan sebelum ini yang mengatakan beliau bercakap berhubung rancangannya pada “5 tahun akan datang” semasa menjawab soalan daripada sekumpulan pemuda yang bertanya mengenai masa hadapannya.
“Kamu boleh bertinju sehingga berusia 40 tahun tetapi kamu harus mempunyai matlamat,” kata White kepada Khabib semasa memujuknya untuk kembali ke pentas MMA.
Bagaimanapun, Khabib membalas White dengan berkata beliau sudah hilang minat untuk bertarung dan bercadang meluangkan lebih banyak masa untuk melanjutkan pelajarannya.
“Saya mempunyai matlamat untuk mencapai kemuncak dan saya telah memilikinya. Lagipun, saya tiada niat untuk bersaing lagi.
“Saya akan menamatkan pelajaran saya pada tahun hadapan. Saya mahu menyiapkan tesis, melanjutkan kursus ijazah sarjana dan meluangkan lebih banyak masa dalam pembelajaran. Saya juga telah membeli biri-biri dan akan menguruskan ladang saya,” katanya.
Walaupun beliau tidak peduli akan aksi dan pengumuman bahawa beliau akan menamatkan kerjayanya serta merta susulan penewasannya terhadap Justin Gaethje, terdapat juga khabar angin mengatakan penarikan beliau hanya bersifat sementara.
Beliau sebelum ini mencatat rekod sebagai orang Rusia dan orang Islam pertama memenangi kejuaraan UFC.
Khabib yang berusia 32 tahun masih berupaya untuk bertinju selama beberapa tahun lagi tetapi sejak pemergian ayahnya, Abdulmanap yang juga pembimbing dan jurulatihnya pada awal tahun ini, menyebabkan beliau hilang minat untuk meneruskan rekod tanpa kalah pada setiap perlawanan dalam UFC.
Beliau yang juga seorang peniaga melancarkan pengendali rangkaian maya bimbit baharu pada Rabu dan menceburi bidang kejurulatihan kehidupan dalam kampus atas talian.
Terdahulu, White dalam sidang media berkata beliau masih menaruh harapan agar Khabib akan kembali ke pentas MMA.
“Khabib masih akan bertinju,” katanya semasa menjelaskan salah satu sebab perlawanan antara bekas juara Conor McGregor dan Dustin Poirier yang akan diadakan pada Januari tahun depan di Abu Dhabi tidak akan melibatkan sebarang kejuaraan.
“Saya percaya beliau masih akan bertinju,” ujarnya.
Beliau turut berkata Khabib masih belum menarik diri daripada program ujian Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) dan ia mungkin boleh dilihat sebagai satu petunjuk bahawa Khabib masih belum bersedia untuk menamatkan kerjayanya.
“Kenapa beliau masih mahu menjalani ujian sekiranya beliau tidak berhasrat untuk bertinju?” tanya White.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]