Khabib – McGregor terus ‘bertinju’ di Twitter kali ini kecam isteri Khabib macam ‘tuala’

Khabib – McGregor terus ‘bertinju’ di Twitter kali ini kecam isteri Khabib macam ‘tuala’

McGregor tak sepatutnya mempersenda isteri Khabib kerana ia telah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam

Siapa yang tidak kenal dengan Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor dalam dunia sukan seni bela diri campuran (MMA).

Pertembungan dan pertelingkahan mereka bukan sahaja di gelanggang malah ia kini berlarutan di media sosial.

Dan kemuncaknya adalah apabila McGregor mempersenda pegangan agama Khabib sebagai seorang Muslim.

Terbaru, babak ‘pertarungan’ mereka berlanjutan di Twitter sehingga mendapat perhatian peminat seluruh dunia yang terkesan dengan pos dimuatnaik kedua-dua mereka.

Pada mulanya Khabib membandingkan musuh tradisinya itu sebagai ‘isteri yang cemburu’.

McGregor kemudiannya memuatnaik gambar perkahwinan Khabib dengan isterinya bertutup litup burka dan McGregor menyamakan isteri Khabib itu sebagai ‘tuala’.

Tweet itu mencetuskan kemarahan peminat Khabib dan Muslim seluruh dunia yang melabelkan Conor sebagai rasis dan Islamofobia.

Setelah menerima kecaman hebat netizen sedunia, tweet McGregor itu kemudiannya dipadamkan dari akaun Twitter rasminya, @TheNotoriousMMA.

Khabib kemudiannya membalas tweet lawannya itu dengan serangan balas menggelar McGregor sebagai perogol.

Untuk rekod, McGregor masih dalam siasatan atas dakwaan serangan seksual ke atas seorang wanita di Dublin, Ireland.

Orang kuat Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White mengeluarkan kenyataan supaya kedua-dua bintang itu menghentikan persengketaan antara mereka.

McGregor tidak lama selepas itu mengundur diri dan membuat keputusan untuk tidak lagi mengeruhkan keadaan dengan peminat dari kepercayaan serta latar belakang.

McGregor juga seperti tujukan tweet berkenaan untuk bersua Khabib di Octagon.

Ayat untuk berjumpa dengan Khabib di Octagon sekaligus menafikan pengumumannya yang dikatakan akan bersara.

Khabib menewaskan McGregor dalam pertarungan Oktober lalu di Las Vegas yang dicemari insiden pergaduhan di tepi gelanggang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.