
Hari ini dunia menyaksikan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang bermandikan darah akibat dibedil tentera rejim zionis sejak beberapa hari lalu.
Kekejaman yang dilakukan itu terus mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia termasuk aktivis dan selebriti yang mengutuk tindakan berkenaan.
Jaguh MMA dari Rusia, Khabib Nurmagomedov turut menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada rakyat Palestin melalui media sosialnya.
”Anda tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk menyokong Gaza, anda hanya perlukan sikap perikemanusiaan,” tulisnya.
Ini bukan kali pertama ‘The Eagle’ menyatakan pendirian tegasnya dalam membela Islam. Tahun lalu dia menyelar Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang dianggap tidak menghormati Islam.
Khabib berkongsi foto muka Macron yang dihiasi tapak kasut warna hitam dan diiringi kata-kata tegas mempertahankan Islam.
Bekas juara lightweight UFC itu telah mengumumkan persaraannya pada Oktober tahun lalu, namun hanya baru-baru ini Presiden UFC, Dana White mengesahkannya secara rasmi.
Dia dikatakan bakal mengikuti jejak ayahnya dengan menjadi jurulatih dalam sukan seni bela diri itu dan sekarang dia menikmati masa terluang dengan mengunjungi Mekah.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]