10 tayangan istimewa sempena Deepavali

10 tayangan istimewa sempena Deepavali

Anda boleh menonton tayangan istimewa ini sepanjang hari.

Inilah masa yang sesuai untuk berehat sambil menikmati tayangan kegemaran anda di kaca televisyen. (Gambar Rawpixel)

Kita berada dalam norma baharu dan sambutan Deepavali juga agak berlainan tahun sama seperti perayaan lain akibat pandemik Covid-19. Tetapi jangan risau, anda boleh menghabiskan masa sepanjang hari dengan menonton pelbagai rancangan menarik yang disediakan untuk anda. Inilah masa untuk diluangkan bersama keluarga tersayang.

Berikut adalah senarai tayangan istimewa yang boleh anda tonton.

1. Khabi Khushi Khabie Gham

Khabi Khushi Khabie Gham – filem India pertama yang dibukukan. (Gambar Yash Raj Films)

Jangan lupa sediakan tisu dan snek sambil menonton tayangan yang mencabar emosi anda. Khabi Khushi Khabie Gham sememangnya tidak lapuk dek zaman. Dari lakon layar, “soundtrack” dan tariannya amat menghiburkan sehingga anda pasti terikut-ikut dengan gerak tari ‘Bole Chudiyan’ dan ‘Savva Savva’.

P/S: Filem “box office” ini juga merupakan filem India pertama yang dibukukan.

2. Three Idiots

Jalan cerita yang penuh dengan lawak jenaka. (Gambar Vinod Chopra Films)

Three idiots – adalah sebuah filem yang pastinya menghiburkan seisi keluarga. Jalan cerita yang agak pelik tetapi ia penuh dengan mesej dan pengajaran berguna. Apatah lagi bila diselitkan dengan elemen komidi, ia tentunya menyeronokan.

3. Mohabbatein

Mohabbatein yang menghanyutkan anda dengan kisah percintaan. (Gambar Yash Raj Films)

Anda peminat filem cinta? Mohabbatein tentu sesuai untuk anda. Karya klasik ini memaparkan mengenai persahabatan dan membuktikan kata-kata “Cinta mengatasi segalanya”. Jalan cerita yang menarik hasil gabungan skrip dan penggambaran berlatar belakang indah sememangnya akan membuatkan anda dibuai dengan kisah percintaan tragis ini.

4. Om Shanti Om

Om Shanti Om – jalan cerita yang ringkas tetapi menarik. (Gambar Netflix)

Drama Bollywood yang popular di era 70-an ini diparodikan dengan memaparkan barisan pelakon yang hebat, menggunakan muzik yang tidak lapuk dek zaman. Jika anda inginkan drama yang ringan, Om Shanti Om sememangnya sesuai untuk anda.

5. Housefull

Housefull – membuatkan anda tidak kering gusi. (Gambar Nadiadwala Grandson Entertainment)

Dalam mood untuk menonton sesuatu yang ringan? Jom, tonton tayangan komidi ini yang pastikan akan membuat anda tidak kering gusi. Housefull penuh dengan adegan menghiburkan, penuh dengan lawak yang akan membuatkan anda terhibur sepanjang tayangan.

6. Sivaji: The Boss

Pera kettaale chumma adhirudhulla? (Tidakkah anda rasakan getaran apabila nama saya disebut?)– Dialog yang popular di Sivaji: The Boss. (Gambar AVM Productions)

Sivaji The Boss adalah pakej hiburan yang lengkap memaparkan tentang sistem rasuah yang berlaku di India. Filem aksi ini sesuai untuk tontonan semua.

7. Endhiran

Endhiran, filem fiksyen yang menarik untuk ditonton. (Gambar Sun Pictures)

Filem sains fiksyen mengisahkan tentang dilema manusia dan robot yang menyentuh perasaan. Filem menarik ini pastinya membuatkan anda tidak berganjak dari skrin televisyen.

8. Indian

Indian – filem mengenai pengajaran. (Gambar Sri Surya Movies)

Mungkin filem ini bukan kegemaran anda tetapi satu karya yang digambarkan dengan begitu indah sekali yang memaparkan tentang rasuah. Ia menjentik pelbagai perasaan di dalam diri penonton sehingga sukar untuk dilepaskan setiap babak yang dilakonkan.

9. Padayappa

En vazhi, thani vazhi (Laluan saya adalah unik) – salah satu dialog yang popular dalam filem Padayappa. (Gambar Arunachala Cine Creation)

Filem yang tidak bosan untuk ditonton. Lawak dan dialog yang digunakan, buatkan anda sentiasa mengingatinya. Sesuai ditonton bersama seisi keluarga dan ia pasti menyeronokkan.

10. Panchathanthiram

Panchathanthiram – sarat dengan elemen komidi. (Gambar Sri Rajlakshmi Film)

Filem komedi mengisahkan mengenai persahabatan. Menggabungkan unsur romantik, komedi dan ketabahan. Pasti seronok menontonnya bersama keluarga tersayang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.