Britney Spears beritahu peminat yang “dia sangat bahagia sekarang”

Britney Spears beritahu peminat yang “dia sangat bahagia sekarang”

Britney, 38 muncul dengan mengatakan bahawa dirinya dalam keadaan sangat bahagia, sekaligus melenyapkan kebimbangan peminatnya.

Britney Spears, mendapat rawatan mental di sebuah pusat kesihatan. (Gambar AFP)
LOS ANGELES:
Tahap kesihatan mental bintang pop Britney Spears yang sering menjadi tanda tanya peminat akhirnya terjawab apabila Britney muncul dalam satu hantaran video di Instagram miliknya.

Britney, 38 muncul dengan mengatakan bahawa dirinya dalam keadaan sangat bahagia, sekaligus melenyapkan kebimbangan peminatnya.

Penyanyi pop di era 90-an itu yang urusan peribadi dan perniagaannya dikawal oleh bapanya sejak 2008 itu, membantah anggapan yang mengatakan kondisinya tidak baik.

“Saya tahu terdapat banyak komen yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang tidak benar mengenai diri saya, tetapi saya ingin menjelaskan di sini bahawa keadaan saya baik sahaja.” ujar Britney di dalam video tersebut.

“Saya kini berada dalam keadaan yang sangat bahagia sekali.” katanya lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.