Mercedes-Benz GLC 200 hasil kerja keras Haqiem Rusli

Mercedes-Benz GLC 200 hasil kerja keras Haqiem Rusli

Menurut Haqiem ia adalah kereta idamannya dan dia merasa berbaloi memilikinya selepas bekerja keras selama ini.

Haqiem Rusli ingin beri inspirasi kepada golongan muda untuk bekerja keras bagi mendapatkan sesuatu yang diidamkan.

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah atas rezeki Allah SWT. Ini adalah hadiah untuk diri sendiri” kata penyanyi popular Haqiem Rusli mengenai kereta mewah yang baru dibelinya jenis Mercedes-Benz GLC 200 yang dianggarkan bernilai RM290,000.

Menurut Haqiem ia adalah kereta idamannya dan dia merasa berbaloi memilikinya selepas bekerja keras selama ini.

Haqiem yang membuat hantaran di Twitter itu berkata, “Sebelum buat hantaran di Twitter, saya terfikir juga nanti orang kata nak menunjuk, tapi niat saya adalah untuk memberikan inspirasi kepada semua. Kebahagiaan dan kegembiraan yang dimiliki tak salah untuk dikongsi semoga ia menjadi pembakar semangat untuk semua,” katanya.

Jelas Haqiem lagi, dia telah membuat banyak ‘survey’ termasuk kereta BMW dan Range Rover, tatapi Mercedes-Benz GLC 200 menjadi pilihannya.

“Ayah pun suka. Memandangkan saya belum ada lesen memandu, jadi kereta ini dipandu ayah. Kalau ada kerja, saya minta tolong pengurus yang bawa,” katanya lagi.

Haqiem turut memilih tahun kelahirannya iaitu 1998 sebagai nombor plat kenderaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.