Scha dan Awal bersyukur disahkan negatif Covid-19

Scha dan Awal bersyukur disahkan negatif Covid-19

Scha telah membuat satu hantaran dengan menyertakan video berdurasi lapan minit yang menunjukkan proses bagaimana ujian saringan itu dijalankan.

Pasangan suami isteri ini telah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam. (Gambar Instagram)

Kuala Lumpur: Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan (swab test), di pusat perubatan KPJ Damansara, semalam.

Scha telah membuat satu hantaran dengan menyertakan video berdurasi lapan minit yang menunjukkan proses bagaimana ujian saringan itu dijalankan.

“Semalam, sempat buat ujian Covid-19 pandu lalu. Sebelum menjalankan ujian, perlu isi borang dan pilih slot waktu yang kita nak. Senang, mudah dan cepat.

“Kami jalani ujian sebab kami tinggal di zon merah dan perlu bekerja. Tadi, sekitar jam 11 pagi, dah dapat keputusan. Gementar menunggu keputusan, tapi Alhamdulillah, semuanya okay,” tulisnya.

Menerusi video itu, Awal yang juga pengacara Melodi menegaskan mengenai pentingnya ujian saringan bagi mereka yang berkeluarga dan terpaksa bekerja di luar.

“Di rumah ada anak kecil dan isteri yang mengandung. Jadi, kalau kena kerja dan sebagainya, ambil langkah keselamatan begini,” katanya.

Semalam Awal telah memuat naik video yang sama dengan menceritakan pengalaman pertama kali membuat ujian Covid-19. Awal juga berharap video yang dipaparkan akan memberi idea bagaimana ujian ini dijalankan kepada mereka yang berasa “fobia” atau takut untuk ke Hospital bagi membuat ujian Covid-19.

Di hantarannya itu juga, Awal berterima kasih kepada para “frontliners” di pusat perubatan KPJ Damansara atas sikap profesional mereka menjalankan tugas sambil berharap akan mendapat keputusan negatif.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.