
Keputusan ujian itu dijangka diketahui minggu depan, lapor Agensi Anadolu.
“Walaupun ketika remaja, saya tidak mengambil sebarang jenis dadah…tetapi, saya tetap mengambil ujian saringan itu sebagai langkah untuk meredakan kebimbangan,” katanya dalam sidang media.
Terdahulu, dalam wawancara dengan akhbar Helsingin Sanomat, Pengerusi parti pembangkang Finland, Riikka Purra meminta Marin mengambil ujian itu secara sukarela.
Baru-baru ini, video Marin berpesta dengan selebriti dan tokoh masyarakat tular di media sosial.
Marin berkata, acara tertutup itu diadakan di kediamannya beberapa minggu lalu dan beliau terkilan kerana video yang tular itu untuk simpanan peribadinya.
Katanya, tiada penggunaan dadah dalam majlis itu dan beliau hanya mengambil minuman beralkohol secara sederhana.
“Saya juga orang biasa dan menjalani kehidupan biasa. Saya ada kerja dan juga keluarga, ada masa lapang untuk bersama rakan-rakan saya. Sama seperti orang lain yang sebaya dengan saya.”