Patung mesir purba berharga RM1.2 juta disangka hiasan taman biasa

Patung mesir purba berharga RM1.2 juta disangka hiasan taman biasa

Rumah lelongan Mander berkata lelongan bermula pada AS$410 hingga AS$680 sebelum mencecah ratusan ribu pounds.

Rumah lelongan itu berkata, pemilik artifak itu tidak mengetahui nilai sebenar patung tersebut. (Gambar Mander Auctions)

Sepasang ukiran batu yang digunakan sebagai hiasan taman dijual dengan harga AS$265,510 (RM1.2 juta) selepas terbukti ia sebenarnya adalah tinggalan Mesir purba.

Menurut sebuah rumah lelongan, artifak berusia berjuta-juta tahun itu diperoleh dari sebuah taman di Sudbury, Suffolk, timur England.

Rumah Lelongan Mander berkata, pihaknya dihubungi sebuah keluarga yang cuba melepaskan beberapa barang dari rumah lama mereka sebelum berpindah.

Patung yang agak uzur dimamah usia itu digunakan untuk menghiasi halaman rumah tersebut dibeli dengan harga hanya beberapa ratus pound di satu lelongan lain beberapa tahun dulu.

Rumah lelongan itu percaya ia hanyalah replika tinggalan Mesir purba pada abad ke-18.

Malah, satu daripada kepala patung tersebut kelihatan disambung semula dengan simen di bawah arahan pemilik terdahulu, kata pengendali lelongan James Mander kepada CNN.

“Kami langsung tidak mempersoalkannya dan memulakan lelongan pada harga AS$410 hingga AS$680). Kemudian lelongan itu mula menggila,” jelasnya lagi.

Dalam masa hanya 15 minit, beberapa pembeli di telefon dan internet menawarkan harga sehingga mencecah 195,000 pounds.

“Pakar berpandangan ia adalah contoh tinggalan Mesir purba tulen yang melangkaui replika abad ke-18,” kata rumah lelongan itu dalam satu kenyataan.

“Di mana agaknya ia berada sejak 5,000 tahun lalu. Penemuan ini agak menakjubkan,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.