Air kencing untuk rawatan wajah? 10 rawatan PELIK ini mungkin buatkan anda mual!

Air kencing untuk rawatan wajah? 10 rawatan PELIK ini mungkin buatkan anda mual!

Rawatan menggunakan lendir siput, najis burung dan kulit kemaluan lelaki, memang pelik dan menjijikkan tetapi itulah rawatan yang pernah dilakukan selebriti popular Hollywood.

Rawatan lendir siput yang popular di Korea. (Gambar Envato Elements)

Sejak dari zaman dahulu lagi manusia sanggup melakukan apa saja cara yang pelik semata-mata untuk miliki wajah cantik dan kekal muda.

Malah, saban hari ada saja penemuan kecantikan baharu yang ditemui sekali gus menandakan industri kecantikan dunia akan terus berkembang dari semasa ke semasa.

Serum, masker serta suntikan pelbagai jenis cecair khusus untuk merawat kecantikan wajah dan tubuh adalah antara rawatan biasa yang boleh didapati dari kebanyakan klinik, spa atau salun kecantikan.

Tetapi, pernahkan anda mendengar najis dan bisa haiwan tertentu turut digunakan untuk rawatan kecantikan?

Kaedah ini digunakan di zaman moden ini dan lebih mengejutkan lagi, ada beberapa selebriti Hollywood popular telah mencubanya!

1. Rawatan wajah siput menjalar

Lendir siput digunakan sebagai bahan di dalam produk penjagaan kulit wajah di Korea. (Gambar Rawpixel)

Bayangkan seekor siput yang berlendir menjalar-jalar ke seluruh wajah anda. Adakah anda sanggup melalui rawatan wajah sebegini?

Tahukah anda bahawa lendir siput telah digunakan sebagai salah satu bahan popular dalam menghasilkan produk penjagaan kulit wajah di Korea.

Ramai yang memperakui tentang kelebihan rawatan ini. Ia dikatakan boleh memperbaharui sel kulit wajah, di samping menyembuh dan memperbaiki kulit.

Selain itu pengamal kecantikan turut menyifatkan rawatan ini boleh meningkatkan pengeluaran kolagen sambil menjadikan kulit terhidrasi. Lendirnya dikatakan mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, asid hyaluronik dan protein.

Rawatan siput ini juga sesuai untuk semua jenis kulit, khususnya kulit kering. Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membela siput selepas ini.

2. Rawatan menampar muka Thai

Anda sanggup membayar ‘seseorang’ untuk wajah ditampar-tampar? Rawatan menampar muka Thai ini memang sangat pelik.

Namun, ia didakwa boleh merawat tanda-tanda penuaan, meningkatkan kontur wajah dan peredaran darah pada kulit.

Tapi, masih belum ada kajian saintifik yang dapat membuktikan sekali gus menyokong keberkesanan kaedah rawatan kecantikan ini.

Menerusi rawatan ini, ahli terapi kecantikan akan menampar pipi pelanggannya dengan perlahan pada permulaannya dan menambah kekuatan tamparannya dari semasa ke semasa.

Siapalah yang sanggup mendapatkan rawatan kecantikan sebegini kan?

3. Fire Facial antara yang terpelik

Kaedah ini tidak bermaksud menggunakan api secara langsung pada wajah. Sebaliknya sehelai kain akan dibasahkan dengan alkohol sebelum dibakar. Api akan dipadamkan terlebih dahulu sebelum ia diletakkan pada wajah.

Rawatan ini berasal dari China dan dikenali sebagai ‘Huo Liao.’ Para pengamal mendakwa api tersebut terhasil daripada keajaiban alkohol yang digabungkan dengan ramuan rahsia istimewa.

Rawatan ini kononnya boleh mempercepatkan proses pertumbuhan sel-sel kulit baharu bagi mencegah tanda-tanda penuaan.

Dengan menggunakan kaedah ini, kulit dikatakan akan jadi lebih bercahaya dan bebas cela. Tapi SoCantik langsung tidak menggalakkan anda mencubanya!

4. Rawatan wajah menggunakan najis burung?

Najis burung digunakan sebagai rawatan wajah oleh masyarakat Jepun kuno. (Gambar Rawpixel)

Najis burung pun boleh dijadikan perniagaan? Lebih mengejutkan lagi apabila ia dijadikan sebagai salah satu rawatan kecantikan dan dikatakan boleh membantu memutihkan kulit dan merawat masalah hiperpigmentasi.

Rawatan yang dikenali sebagai Facial Bird Poop atau Uguisu no fun ini berasal dari masyarakat Jepun kuno tetapi baru-baru ini semakin popular di Hollywood.

Victoria Beckham adalah antara barisan selebriti terkenal dunia yang mempercayai kaedah ini.

Najis burung dikumpulkan dan diproses untuk dicampurkan dengan krim wajah lalu disapukan pada kulit. Ia boleh bertindak sebagai krim pengelupasan untuk membuang sel kulit mati.

Macam mana, anda sanggup mencuba?

5. Rawatan menggunakan lintah

Lintah digunakan sebagai rawatan popular mengeluarkan darah kotor. (Gambar Envato Elements)

Miranda Kerr mendakwa rahsia kulit bebas cela yang dimilikinya hari ini adalah dengan melakukan teknik rawatan kecantikan menggunakan lintah.

Malah, rawatan ini dikatakan boleh melambatkan tanda-tanda penuaan dan meningkatkan keanjalan kulit.

Sekitar tahun 1800, lintah telah dijadikan sebagai salah satu rawatan popular untuk mengeluarkan darah ‘kotor.’

Untuk rawatan kecantikan ini, lintah tidaklah diletakkan secara langsung pada wajah individu. Ia diletakkan pada bahagian tubuh yang lain. Darah akan diekstrak dari lintah tersebut kemudian ia akan dijadikan masker.

Kononnya, rawatan ini boleh meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menjadikan kulit lebih segar dan bercahaya.

6. Wajah jelita dengan bisa ular

Bisa ular yang telah diproses digunakan untuk kecantikan. (Gambar Envato Elements)

Pasti kamu pernah mendengar tentang penjualan minyak ular. Ia adalah sejenis tonik popular yang dikatakan boleh merawat pelbagai jenis penyakit.

Ia adalah salah satu bahan perubatan yang ‘biasa’ digunakan di kalangan pengamal perubatan tradisional. Namun, hari ini penggunaanya terus dipopularkan sehingga ke bidang kecantikan.

Patukan ular boleh membawa maut, tapi bagaimana pula jika bisanya itu diambil dan digunakan untuk kecantikan?

Jangan risau, ia selamat kerana bisa tersebut telah diproses secara sintetik. Sebaliknya, patukan bisa ular yang masuk terus ke dalam saluran darah akan menjadi toksik.

Rawatan wajah menggunakan bisa ular ini dikatakan bertindak seperti ‘botox,’ tetapi sejauh mana keberkesanannya masih belum dapat dipastikan secara saintifik.

7. Rawatan kecantikan yang diinspirasikan daripada Dracula

Darah yang telah diproses akan disuntik pada kulit wajah. (Gambar Envato Elements)

PRP Skin Rejuvenation Treatments juga dikenali sebagai rawatan kecantikan pontianak (dracula). Kaedah ini dipopularkan oleh selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian.

Darah sendiri digunakan untuk menjalani rawatan ini dan disebabkan itulah ada yang memanggil rawatan ini sebagai Vampire Treatment.

Darah yang diambil akan berputar menggunakan mesin khas bagi mengasingkan plasma darah. Darah yang telah diproses akan disuntik pada kulit wajah.

Ia bertujuan mengembalikan keremajaan kulit serta memulihkan keadaan kulit wajah daripada masalah parut, pigmentasi, garis halus dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kaedah kecantikan ini dilarang dalam Islam.

8. Air kencing untuk rawatan wajah

Air kencing digunakan sebagai masker wajah. (Gambar Envato Elements)

Ya, rawatan ini wujud! Ia dikenali sebagai ‘Urotherapy’ dengan menggunakan air kencing sebagai masker wajah.

Individu yang pernah mencuba kaedah ini mendakwa pori wajah mereka jadi semakin mengecil, mampu merawat jerawat, psoriasis, eczema dan menjadikan kulit wajah jadi lebih sempurna.

Syaratnya, air kencing yang digunakan itu perlulah segar. (SoCantik meragui kenyataan ini!)

9. Rawatan kecantikan daripada sengatan lebah

Sengatan lebah dikatakan boleh menjadikan wajah lebih tegang dan muda. (Gambar Envato Elements)

Yang selalu kita dengar, wajah yang disuntik botox tidak ubah seperti wajah yang baru terkena sengatan lebah. Tetapi kini ada pula rawatan kecantikan yang dihasilkan daripada kaedah sengatan lebah.

Rawatan pelik ini akan mensasarkan kedutan dan garis-garis halus untuk menjadikan wajah lebih tengang dan muda.

Namun kesannya bersifat sementara sahaja.

10. Kulit kekal remaja dengan kaedah rawatan menggunakan kulit kemaluan lelaki?

Rawatan yang paling pelik dan diragui ini dihasilkan menggunakan sel stem lapisan kulit kemaluan (khatan) bayi lelaki Korea yang baru lahir atau dikenali juga sebagai Epidermal Growth Factor Facial.

Selebriti popular Hollywood Sandra Bullock dan Oprah dikatakan pernah mencuba kaedah ini.

Ianya dikatakan boleh menjadikan kulit lebih muda dan bercahaya dari dalam. Ia mensasarkan bahagian wajah yang berkedut dan tanda-tanda penuaan pramatang.

Walau apapun rawatan popular yang ada di muka bumi ini. Jangan sesekali mempertaruhkan nyawa dengan rawatan-rawatan pelik sebegini yang hanya akan memudarat diri sendiri!

SoCantik menyarankan agar anda mendapatkan rawatan kecantikan daripada pakar kecantikan yang bertauliah.

SoCantik.my adalah sebuah portal berita kecantikan sosial diilhamkan untuk berkongsi pelbagai informasi serta berita terkini tentang dunia kecantikan, gaya hidup dan fesyen lokal mahupun antarabangsa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.