Sejarah kewujudan tuala wanita

Sejarah kewujudan tuala wanita

Wanita hari ini perlu bersyukur dengan inovasi penjagaan ‘Miss V’ yang mengutamakan ciri-ciri keselesaan kepada penggunanya.

Tuala wanita, telah wujud sejak abad ke-10 lagi. (Gambar pastel-TYARVLM)

Tuala wanita adalah sebahagian daripada keperluan yang wajib dimiliki setiap wanita.

Selain pemakaian sewaktu datang bulan (haid) ramai juga golongan wanita yang memakai pelapik seluar dalam setiap hari sebagai aspek kebersihan diri.

Syukur kita berada dalam era di mana setiap produk dihasilkan akan mengutamakan ciri-ciri keselesaan dan kemudahan untuk para penggunanya.

Tapi, pernahkah anda tertanya, bagaimana agaknya reka bentuk tuala wanita dihasilkan pada zaman dahulu? Pastinya jauh bezanya dengan apa yang kita miliki hari ini.

Nak tahu perbezaan antara tuala wanita zaman dahulu dan sekarang? Baca artikel ini sampai habis!

Abad ke-10

Tuala wanita pada zaman Mesir kuno. (Gambar https://metro.co.uk)

Istilah tuala wanita memang telah sedia ada sejak wujudnya peradaban manusia pada abad ke-10.

Kononnya, seorang wanita Yunani kuno telah menghalau seorang lelaki yang mengganggunya dengan membaling pembalut yang mengandungi tuala wanita.

Ketika itu, lazimnya kaum wanita akan menggunakan kain, kapas dan tumbuh-tumbuhan sebagai pembalut tuala wanita.

Malah, golongan wanita pada zaman Mesir kuno menggunakan papirus yang dihiris halus untuk dijadikan sebagai tuala wanita.

Perang Dunia Pertama

Tuala wanita yang dihasilkan daripada kapas dilapisi kain dengan hujungnya diikat tali serta dililit pada pinggang. (Gambar owlcation.com)

Ilham menghasilkan tuala wanita ini datangnya daripada para jururawat ketika Perang Dunia Pertama. Para jururawat di Perancis menghasilkan tampalan luka buat para tentera yang tercedera dengan menggunakan putik kapas.

Bahan tersebut nyata mengandungi daya serap baik dan mudah untuk ditanggalkan. Beberapa perusahaan komersial telah menggunakan idea tersebut bagi menghasilkan tuala wanita.

Tuala wanita pertama yang dijual dalam pasaran dikenali sebagai Southball dan ia dihasilkan sekitar tahun 1888.

Walau bagaimanapum, pada zaman tersebut majoriti kaum wanita lebih selesa memakai tuala wanita yang boleh dicuci dan dipakai berulang kali.

Inovasi tuala wanita kemudian dipertingkatkan. (Gambar owlcation.com)

Contoh tuala wanita yang diperbuat daripada kain Norwegia pada abad ke-19.

Tuala wanita pakai buang pertama dihasilkan daripada kapas dilapisi dengan kain yang mempunyai kadar serapan yang tinggi.

Pada bahagian hujung hadapan dan belakang tuala wanita tersebut disertakan dengan tali untuk dililit pada pinggang si pemakai tidak ubah seperti pemakaian kain lampin bayi.

Kemudian ia dipakai dengan seluar dalam. Produk tersebut dinamakan sebagai sanitary belt.

1980-an

Di era 80-an penghasilan tuala wanita lebih moden dan praktikal. (Gambar owlcation.com)

Disebabkan ia mudah bergesel ketika dipakai, para pengusaha cuba menambah baik penghasilannya dengan menambah pita pelekat supaya tuala wanita yang dipakai akan tetap melekat pada permukaan seluar dalam si pemakai.

Nyata, penghasilan tuala wanita sedemikian berjaya mendapat tempat di hati para wanita era 80-an.

Secara perlahan-lahan, model sanitary belt beransur-ansur hilang dari pasaran sekitar pertengahan tahun 80-an.

Pada tahun 1980-an, para pengusaha mula menunjukkan inovasi dalam mempelbagaikan penggunaan fabrik dalam penghasilan tuala wanita.

Semakin lama semakin banyak produk tuala wanita yang dihasilkan dalam pasaran seiring dengan kemodenan yang dikecap.

Tuala wanita kini direka dalam pelbagai rekaan serta memenuhi keselesaan. (Gambar RYB548T)

Penghasilannya juga nyata lebih praktikal. Ada yang direka dengan sayap, tampil juga dalam rekaan maxi, nipis dan lembut, beserta daya serapan yang tinggi.

Si pemakai akan rasa kekal kering disebabkan daya serapannya. Sekali gus dapat menghindari rasa lembap yang menimbulkan rasa tidak selesa sewaktu aliran banyak.

Untungnya pada masa kini, kita boleh memiliki pelbagai jenis rekaan tuala wanita daripada pelbagai jenama yang ada di pasaran. Malah harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.

SoCantik.my adalah sebuah portal berita kecantikan sosial diilhamkan untuk berkongsi pelbagai informasi serta berita terkini tentang dunia kecantikan, gaya hidup dan fesyen lokal mahupun antarabangsa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.