
Seorang lelaki di Texas yang sering dilihat membaca kitab injil ditahan pada Isnin dipercayai ada kaitan dengan penemuan tiga mayat yang dikerat sebelum dibakar, lapor The Washington Post.
Jason Alan Thornburg, 41, didakwa membunuh seorang lelaki berusia 42 tahun dan dua wanita. Dia juga didakwa terlibat dengan dua lagi pembunuhan lalu, lapor NBC DFW.
Menurut afidavit yang dilihat The Washington Post, Thornburg mengundang David Lueras ke bilik motelnya di Mid City Inn pada 17 September.
Thornburg memberitahu pegawai penyiasat, dia percaya Leuras perlu dijadikan ‘korban’ dan terus mengelar leher, mengerat anggota badannya dan membuangnya ke dalam tong sampah.
Dua hari kemudian, seorang kenalan wanita yang berkunjung ke biliknya turut dijadikan korban dengan modus operandi yang sama.
Beberapa hari berikutnya, dia mencekik seorang wanita yang berkunjung ke biliknya selepas gagal menikam mangsa dan turut mengerat tubuhnya.
Mayat itu kemudiannya di bawa ke pinggir bandar Fort Worth dan dibakar, menurut polis.
Mayat Lueras dikenalpasti menerusi tatunya, begitu juga dua lagi mangsa wanita tersebut namun tidak didedahkan identitinya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]