
Seorang pemuzik yang menyesal kerana menolak suntikan vaksin akhirnya maut akibat Covid-19.
Marcus Birks, 40, meninggal dunia di Hospital Universiti Royal Stoke di Stoke-on-Trent, Staffordshire pada Jumaat lalu.
Pemuzik itu dimasukkan ke pusat penjagaan intensif (ICU) selepas menunjukkan gejala seperti selesema dan pembentukan darah beku, lapor Stoke-on-Trent Live.
Marcus cukup menyesal kerana menolak suntikan vaksin selepas dijangkiti virus itu dan ketika ditemubual BBC awal bulan ini dia menyeru orang ramai untuk terus mendapatkan vaksin.
“Jika anda tidak sakit, anda tidak fikir yang anda akan sakit, jadi anda mula mendengar hal-hal berkaitan anti vaksin,” katanya.
“Bila anda rasa seperti tidak puas untuk bernafas, ia perasaan paling menakutkan di dunia.
“Saya seorang yang agak jahil, dan terus mengabaikannya. Jadi perkara pertama akan saya beritahu kepada keluarga saya dan sesiapa saja selepas ini ialah untuk mendapatkan vaksin.
“Sebaik saya boleh mendapatkannya, saya pasti akan mendapatkannya,” demikian janji Marcus sebelum maut akibat Covid-19.
Marcus dan isterinya Lis yang bakal menimang cahaya mata pertama mereka adalah pasangan artis duo pop The Chameleonz.
Marcus pernah beraksi untuk kumpulan muzik Most Wanted dan muncul dalam program TV Bad Lad’s Army dan Popstars: The Rivals.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]