Anna mirip Puteri Diana

Anna mirip Puteri Diana

Dari rupa paras dan gaya rambut ala 80-an wanita itu kelihatan presis ibu kepada Putera William dan Putera Harry.

Anna gemar berhias dan berdandan seperti Puteri Diana. (Gambar Instagram)

Baru-baru ini tular di TikTok sebuah video mengenai seorang wanita bernama Rose Nora Anna yang mempunyai wajah mirip mendiang Puteri Diana.

Dari rupa paras dan gaya rambut ala 80-an, dia kelihatan presis ibu kepada Putera William dan Putera Harry itu.

Menurut Anna, pada mulanya dia tertarik dengan fesyen rambut di dalam sebuah majalah yang diterbitkan pada tahun 1981.

Dia kemudian berusaha menjadikan rambutnya kelihatan berombak seperti gambar yang dilihat.

Bukan itu sahaja, Anna turut menggayakan baju vintage dan mekap dari tren tahun tersebut.

Malah di dalam video tersebut, Anna menggunakan ‘eyeliner’ berwarna biru yang membuatnya semakin kelihatan seperti Puteri Diana.

Gaya Anna yang mirip puteri kesayangan ramai itu menarik perhatian ramai netizen sehingga akaun Instagramnya kini mempunyai seramai 87.1 ribu pengikut gara-gara dari videonya yang tular itu.

Rata-rata netizen begitu kagum dengan gaya Anna dan merasakan mendiang Puteri Diana pasti turut kagum dengannya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.