Berang rambut dipotong, pelajar pukul cikgu guna penyapu

Berang rambut dipotong, pelajar pukul cikgu guna penyapu

Mangsa yang juga guru disiplin cedera di mata akibat dipukul menggunakan batang penyapu.

Polis berkata pelajar itu direman hingga esok manakala ujian air kencingnya negatif dadah. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Seorang pelajar Tingkatan 3 memukul guru disiplin wanita dengan batang penyapu selepas berang rambutnya yang panjang dipotong.

Kejadian dilaporkan berlaku semalam ketika guru berusia 52 tahun itu membuat rondaan sekitar 12.30 tengah hari di sebuah sekolah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Ketua Polis Hulu Selangor, Arsad Kamaruddin, berkata mangsa menerima laporan daripada seorang guru lain mengenai pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.

“Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya,” katanya menurut Harian Metro.

Arsad berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.

“Hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

“Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.