https://www.youtube.com/watch?v=IEqKO0inTB8&feature=youtu.be
Gelagat Canselor Jerman, Angela Merkel mencuri perhatian di media sosial apabila rakaman reaksinya yang panik apabila terlupa mengenakan pelitup muka menjadi viral sejak Reuters menghantar tweet beberapa hari lalu.
Menerusi video berdurasi 35 saat itu, beliau kelihatan duduk di meja sebaik selepas berucap dalam sesi Parlimen pada Jumaat lalu namun kelihatan cemas sebaik menyedari dia tidak memakai pelitup muka dan terus mengambilnya semula di podium.
“Angela Merkel panik kerana terlupa memakai pelitup muka selepas berucap,” lapor Reuters.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]