5 perkara yang anda tidak tahu mengenai Charles Darwin

5 perkara yang anda tidak tahu mengenai Charles Darwin

Sumbangan Darwin terhadap bidang biologi sememangnya tidak dapat dinafikan.

Teori Charles Darwin tentang bagaimana kehidupan berkembang di bumi tetap relevan dengan para penyelidik hari ini. (Gambar Pixabay)

Charles Darwin, nama yang cukup dikenali oleh sesiapa sahaja yang mencintai sains.

Dikreditkan secara besar-besaran untuk Teori Evolusi dan Pemilihan Semulajadi, sumbangannya terhadap bidang biologi sememangnya tidak dapat dinafikan.

Namun, terdapat pelbagai tanggapan salah mengenai lelaki itu sejak beberapa dekad. Berikut adalah beberapa mitos dan salah faham mengenai Darwin dan karyanya:

1. Dawin adalah penemu evolusi

Satu kenyataan biasa bagi kebanyakan saintis, bahawa karya mereka berdasarkan dari penyelidikan yang dilakukan oleh saintis sebelum mereka.

Sebelum Darwin lagi, bahkan orang-orang kuno mengesyaki ada kemungkinan haiwan akan mengembangkan ciri-ciri mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan zaman dari masa ke semasa.

Jadi mengapa Darwin disebut, “Bapa Evolusi”? Ini adalah kerana, dia adalah orang pertama yang menerbitkan teori itu bersama dengan mekanisma pemilihan semulajadi.

Dia berkomunikasi dengan saintis lain, iaitu Alfred Wallace dan bekerjasama dengannya dalam sebuah karya saintifik setahun sebelum Darwin menerbitkan buku, ‘On the Origin of Species’.

Pada satu catatan, mengatakan Wallace sebenarnya telah mengunjungi Sarawak yang pada waktu itu di bawah pemerintahan Brookes, untuk melakukan penyelidikannya mengenai flora dan fauna.

2. Darwin anti agama

Walaupun bukan penganut agama yang setia, Darwin tidak pernah memandang rendah kepada mereka yang mempunyai kepercayaan agama. (Gambar Pixabay)

Beragama tidak bermaksud seseorang tidak boleh menjadi saintis.

Darwin sendiri bukanlah ateis, bahkan pernah satu ketika dahulu, dia menjadi orang penting gereja.

Isterinya adalah orang Anglican yang taat dan dia sendiri begitu peribadi mengenai kepercayaan agamanya.

Walaupun dia bukan penganut setia dia berpendapat bahawa agama mempunyai tempat dalam kehidupan dan tidak pernah mempersoalkan sesiapa mengenainya.

Pada akhir hayat, kepercayaannya jelas lebih kuat dan ia adalah kerana puteri yang dikasihi meninggal kerana sakit yang terlalu lama.

3. Darwin mencadangkan manusia berasal dari monyet

Darwin tidak pernah mengatakan manusia berasal dari kera, melainkan lebih mirip dengan nenek moyang yang sama. (Gambar Pixabay)

Semasa menulis bukunya, Darwin tidak pasti apakah dia harus mengatakan ideanya mengenai evolusi manusia.

Pada waktu itu, dia tidak memiliki banyak bukti untuk membuktikan teorinya dan dia tahu jika dia mengatakan bahawa manusia adalah produk evolusi, ia pasti akan menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Keengganannya dibenarkan, walaupun akhirnya dia memutuskan untuk mengambil risiko dan menulis The Descent of Man untuk menjelaskan hipotesisnya tentang bagaimana manusia berevolusi.

Harus diingat bahawa dia tidak pernah mengatakan manusia berasal dari monyet dan kenyataan itu sendiri adalah salah faham mengenai teori evolusi.

Walaupun manusia adalah primate, mereka tidak berasal dari kera atau monyet tetapi merupakan bahagian dari cabang yang berbeza melalui pohon keluarga yang sama.

4. Idea-idea Darwin diterima dengan cepat

Buku Darwin, On the Origin of Species merupakan puncak kepada penyelidikan bertahun-tahun. (Gambar Wikipedia)

Kali pertama idea Darwin dikemukakan kepada para saintifik secara meluas adalah pada tahun 1858 di mesyuarat tahunan Persatuan Linnaean London.

Ahli geologi, Charles Lyell yang telah membantu Darwin menyusun cacatannya bersama-sama dengan data Wallace, berjaya mengemukakan perkara itu untuk dibahaskan.

Pada masa itu, idea evolusi melalui pemilihan semula jadi disambut dengan keraguan dan Darwin masih berusaha mencari bukti.

Pada tahun berikutnya, dia menerbitkan buku yang lebih baik, ditulis dengan hujah-hujah menarik dan ia diterima baik oleh rakan-rakan saintisnya.

Namun, ada penentangan terhadap ideanya dan Darwin terus berusaha untuk menambah karyanya dan mencari lebih banyak bukti untuk menjelaskan teorinya.

5. Darwin menjelaskan dari mana datangnya kehidupan

Walaupun Darwin mengatakan bahawa semua kehidupan berasal dari nenek moyang yang sama, dia tidak pernah berteori dari mana nenek moyang berasal. (Gambar Pixabay)

Salah faham mengenai karya Darwin mungkin dari judul karya besarnya, ‘On the Origin of Species’.

Walaupun tajuknya kelihatan seperti menunjukkan asal usul kehidupan, namun ia sama sekali tidak berlaku.

Sepanjang berkarya, Darwin tidak pernah memberikan saranan tentang bagaimana kehidupan dimulai, kerana ia bukanlah perkara yang menjadi penyelidikannya.

Yang menjadi perhatiannya adalah idea bahawa spesies berubah dari masa ke semasa melalui proses pemilihan semulajadi.

Walaupun Darwin mengatakan bahawa semua kehidupan di bumi berkaitan antara satu dengan lain, tetapi dia tidak mengemukakan kenyataan bagaimana nenek moyang kita ujud.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.